Featured

Merdeka Special 2019 : Afgan dan Malaysia

Pada minggu lalu Team Abnormal Channel (ABC) berkesempatan bertemu dengan penyanyi popular dari Indonesia, Afgan bersempena dengan majlis pelancaran Konsert Inspirasi Afgan 2019. Di kesempatan itu, Miss Myra mewakili Team ABC sempat menemubual Afgan tentang Malaysia dan kemerdekaan Malaysia. Let’s check it out gais..

The Journey of Sound Dato Sri Siti Nurhaliza & Judika

Kolaborasi Dua Penghibur Nusantara Temui Peminat 14 Dis 2024

Dua pesohor dunia hiburan dari dua negara serumpun dengan dua pesona tersendiri siap untuk memukau dan menggegarkan peminat di seluruh Nusantara.

Kedua-duanya mempunyai magis tersendiri yang telah membawa kebahagiaan buat peminat lewat karya ciptaan dan nyanyian sepanjang lebih 20 tahun berkecimpung sebagai penyanyi.

Dua figura ini adalah puspawati Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza dan pemilik vokal lelaki mantap dari Indonesia, Judika.

Dengan bangga pihak penganjur, Universe Gateway mempersembahkan keunggulan kolaborasi perdana Siti Nurhaliza dan Judika sebagai penghibur dalam konsert julung kali berjudul The Journey of Sound.

The Journey of Sound bakal bertemu peminat di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024 dengan harapan besar daripada penganjur yang mahu konsert ini menjadi tanda aras dan penutup tahun 2024 yang sentiasa melestarikan ‘persahabatan’ dua negara menerusi bidang hiburan.

“Kami di Universe Gateway sangat berbesar hati menganjurkan The Journey of Sound yang menampilkan kolaborasi dua figura hebat dunia hiburan Nusantara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza dan Judika di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024 ini.

“Mungkin khalayak sudah pernah menonton Siti Nurhaliza dan Judika berduet atau satu pentas sebelum ini tapi percayalah The Journey of Sound akan menjadi panggung yang menyaksikan mereka mempersembahkan sesuatu yang di luar jangkaan anda.

“The Journey of Sound akan menjadi konsert mega daripada dua penyanyi daripada negara berbeza namun dengan tujuan sama iaitu mengukuh dan mengeratkan silaturahim peminat muzik di Nusantara,” ujar Isa yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan daripada Universe Gateaway.

Lebih daripada itu, nama The Journey of Sound juga digunakan bersempena dengan perjalanan karier dan jatuh bangun sepanjang dua anak seni berkaliber ini mencetak sejarah dalam dunia hiburan.

Siti Nurhaliza dengan 28 tahun pengalaman sebagai penghibur yang telah melakar pelbagai sejarah dan pengiktirafan serta membawa Malaysia dikenali dunia sementara Judika atau nama sebenarnya, Judika Nalon Abadi Sihotang telah bergelumang serta terus sukses di usia 20 tahun pembabitan bakal menjadikan The Journey of Sound konsert yang rugi jika dilepaskan.

“The Journey of Sound akan dipenuhi warna warni perjalanan seni dan ‘bunyi’ muzik yang telah mengharumkan nama Siti Nurhaliza dan Judika sepanjang perjalanan seni mereka,” tambah Isa lagi.

Sementara itu Judika melahirkan keterujaan dan berbesar hati untuk berkolaborasi dengan penyanyi yang disegani dan dihormati, Siti Nurhaliza.

“Tentu sahaja saya tidak punya alasan untuk menolak satu panggung bersama Dato Sri Siti Nurhaliza yang saya hormati, apa lagi berkolaborasi dengan beliau dalam sebuah konsert berjudul The Journey of Sound.

“Saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi percayalah anda akan menikmati sebuah pengalaman luar biasa di The Journey of Sound bukan hanya kerana saya dan Siti Nurhaliza selaku subjek utama tetapi bagaimana keseluruhan produksi konsert ini mempersembahkan konsep yang spektakular untuk ditonton,” ujar Judika.

Untuk itu, buat peminat Siti Nurhaliza dan Judika jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga kategori bermula RM 199 (CAT 5), RM 299 (CAT 4), RM 399 (CAT 3 LOWER / UPPER), RM 499 (SEAT 3), RM 599 (SEAT 2), RM 699 (SEAT 1), RM 799 (ROCK ZONE), RM 799 (VIP ROYAL BOX), RM 899 (VIP ROCK ZONE), RM 1,199 (VIP), RM 1,299 (SUPER VIP).

Penjualan tiket dibuka bermula 12 OKTOBER 2024 dengan pembelian EARLY BIRD akan berlansung daripada minggu pertama sehingga ketiga.

Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi TICKET2U.COM.MY.

BOYZ II MEN LIVE IN KUALA LUMPUR

Kumpulan Iconik R&B Kembali ke Kuala Lumpur Untuk  Sebuah Konsert yang Tidak Mungkin akan Dilupakan di Megastar Arena

8 Oktober 2024 – Para peminat muzik, sila tanda tarikh di kalendar anda! Boyz II Men yang merupakan sebuah kumpulan legenda akan datang ke Kuala Lumpur pada 25 Mei 2025 bagi mengadakan persembahan di Megastar Arena, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Shiraz Projects, konsert ini menjanjikan sambutan yang tidak dapat dilupakan dengan rangkaian lagu-lagu popular R&B, nostalgia dan muzik epik yang tidak dapat dilupakan serta yang mempamerkan kejayaan-kejayaan mereka mendahului carta selama lebih 30 tahun.

Boyz II Men telah mentakrifkan semula R&B dengan bunyi yang terus merentas generasi. Mulai  “End of the Road” hingga “I’ll Make Love to You” dan “One Sweet Day,” katalog hebat ikonik mereka telah memikat penonton di seluruh dunia, menjadikan mereka kumpulan R&B terlaris sepanjang zaman dengan album terjual melebihi 64 juta unit. Gabungan keharmonian yang penuh perasaan dan tema berkekalan membuatkan peminat kembali untuk bertemu mata dengan mereka. Ditambah pula dengan kemunculan album terbaru mereka telah mendapat pujian ramai, membuktikan bahawa muzik mereka relevan dan digemari hari ini seperti sebelum ini.

Pernah merangkul 4 Anugerah GRAMMY®, 9 Anugerah Muzik Amerika, 9 Anugerah Soul Train, 3 Anugerah Billboard dan Anugerah MOBO 2011 untuk ‘Outstanding Contribution to Music’, kemeriahan penganugerahan Boyz II Men tiada tandingannya. Mereka juga menerima Hollywood Walk of Fame dan Casino Entertainment Award untuk The Mirage Resort and Casino di Las Vegas, yang dilancarkan pada 2013.

“Kami sangat teruja untuk kembali ke Asia dan membawa pengalaman Boyz II Men ke Kuala Lumpur”, kata Shawn Stockman. “Energi dan kemesraan daripada peminat kami di Malaysia tidak seperti yang lain.”

Para peminat di Kuala Lumpur boleh menjangkakan sebuah malam dengan lagu- lagu hits Boyz II Men, termasuk “Motownphilly”, “I’ll Make Love to You” dan “End of the Road”, di samping lagu-lagu baharu dan kejutan yang menarik. Album 2011 mereka yang berjudul Twenty, meraikan dua dekad dalam industri muzik, menandakan kembalinya mereka kepada material asal dan mendapat sambutan hebat, memulakan debutnya di #20 di Billboard Top 200, dan memperoleh pujian untuk gabungan lagu klasik dan segar. Album 2014 mereka Collide mempamerkan bunyi baharu untuk kumpulan itu, dengan lagu-lagu seperti “Better Half” dan “Diamond Eyes” dipaparkan pada rancangan popular seperti The Bachelorette.

Namun ia lebih daripada sekadar muzik yang menjadikan konsert Boyz II Men istimewa. Khalayak boleh mengharapkan persembahan berkarisma, harmoni yang memukau dan beberapa kejutan yang tidak dijangka apabila kumpulan itu membawa bunyi R&B singantur mereka ke pentas dengan sentuhan kontemporari. Ini adalah satu konsert yang anda tidak boleh ketinggalan!

Tiket dijual mulai 10 Oktober 2024, jadi nantikan informasi terkini dan pengumuman dengan mengikuti akaun Shiraz Projects di media sosial. Siapkan diri anda untuk malam yang penuh semangat, keghairahan, dan keajaiban muzik tulen dengan Boyz II Men Live di Kuala Lumpur!

KLCC BAKAL MENYAKSIKAN HIMPUNAN IKON DI MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR 2024

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 – Meningkatkan lagi pencapaian bagi edisi ke-12, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) bersama destinasi beli-belah ikonik di pusat bandar, Suria KLCC, dan KLCC (Holdings) Sdn Bhd akan menjadi tuan rumah untuk meraikan dunia fesyen tempatan selama seminggu. Dengan lebih 50 pereka fesyen dan jenama yang tidak sabar mempamerkan koleksi sedia dipakai mereka, acara fesyen tahunan ini akan diadakan di struktur yang dibina khas, berlatarkan keindahan Menara Berkembar PETRONAS, dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024.

Meliputi seluruh kawasan Esplanade, Taman KLCC, ruang pertunjukkan fesyen khas itu dijangka akan menjadi ikon baharu KLFW. Merangkumi ruang berjumlah 12,000 kaki persegi, struktur setingkat yang boleh memuatkan 500 tetamu pada satu masa itu menempatkan sebuah dewan utama, pentas fesyen serta pelbagai ruang pengaktifan. Selain menyediakan ruang pameran kepada tetamu jemputan, struktur monokrom yang hebat tersebut dilengkapi sebuah paparan skrin LED besar yang akan menyiarkan pentas peragaan KLFW 2024 secara langsung, menandakan kali pertama KLFW dibuka kepada orang ramai menerusi cara yang mengujakan.

Menumpukan keinginan untuk memajukan dunia fesyen, KLFW 2024 juga akan dipertingkatkan menerusi kepelbagaian baharu dalam gaya, yang mana tetamu yang hadir pasti akan teruja melihat rekaan kontemporari yang memperluaskan sempadan fesyen, rekaan berani yang mencabar norma-norma tradisi, pakaian jalanan dengan sentuhan sofistikated serta rekaan hibrid yang menggabungkan elemen keselesaan dengan busana.

Membuat penampilan sulung di KLFW 2024 adalah jenama fesyen sedia dipakai Akudesign, Corak, Ghostboy, LARNEY, SHALS dan Tact, yang telah bertapak kukuh dalam kalangan pengguna celik digital dan dikenali sebagai jenama kegemaran generasi muda.  Seorang veteran dalam karya-karya bespoke, Fuzana Mokhtaza, buat kali pertama akan tampil di medan KLFW 2024, berkongsi pentas peragaan bersama jenama-jenama gah dunia fesyen seperti Rizman Ruzaini, Fiziwoo, Nurita Harith dan Alia Bastamam.

Dalam semangat sama yang meraikan ikon dunia fesyen, KLFW 2024 akan menggabungkan teknik-teknik fesyen moden dan tradisional dengan memberi tumpuan terhadap kehalusan seni batik dalam satu slot baharu yang digelar “Fashion Forward Batik Malaysia’‘ menerusi jenama batik berpangkalan di Kelantan, Ruzzgahara.

Dipacu oleh rekaan PEUGEOT 408 serba baharu, segmen “Design to Sustain” akan memaparkan 15 finalis Pertandingan Pencarian Pereka KLFW 2024 beserta karya mereka. Pereka-pereka baharu ini akan mengikuti jejak langkah Uzair Shoid, pemenang Pencarian Pereka KL10 2020 yang telah memperagakan koleksi penuhnya dalam segmen sama pada tahun lalu dan akan menampilkan jenama eponimnya di KLFW 2024.

“Berikutan kejayaan format baharu KLFW 2023 yang terdiri daripada tujuh ruang berbeza dalam tujuh hari, kami bersemangat untuk memenuhi harapan dan aspirasi yang lebih tinggi untuk memaparkan trend terkini, impak yang lebih bermakna dan fesyen bertaraf dunia pada tahun ini. KLFW dan ruang peragaan ikonik baharunya pada tahun ini adalah bukti perjalanan selama 12 tahun kami dalam mempertahankan industri fesyen negara. Ia mustahil dicapai tanpa sokongan pereka, penaja, rakan niaga dan komuniti celik fesyen tempatan,” kongsi Andrew Tan, Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week.

(L-R) Jamie Francis Morais, Managing Director of Stellantis Malaysia_Mr. Stevenson Yip, Head, AmPrivate Banking, AmInvestment Bank Bhd_Ms. Tracy Chen, CEO, AmInvestment Bank Bhd_Ms. Linda Wo

“Turut menyertai KLFW 2023 dalam meraikan fesyen terbaik di Malaysia adalah penaja kami, KLCC, KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Kumpulan AmBank, L’Oréal Paris, Poh Kong, MOCCONA dan rakan kerjasama, PEUGEOT. Kami juga menerima sokongan padu daripada rakan-rakan usaha sama seperti Philips Garment Care, Magnum, Colgate, Laurier dan Skechers, serta hotel-hotel rasmi yang terdiri daripada Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, Traders Hotel Kuala Lumpur dan Impiana KLCC Hotel yang telah menjadi lokasi penting bagi pelbagai acara dan pengaktifan sehingga ke minggu peragaan,” tambah beliau.

KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH) amat berbangga untuk menjadi rakan bersama lokasi acara dengan pusat beli-belah, Suria KLCC dan semua hotel kami menjadi hotel rasmi yang menyokong acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 yang berprestij ini. Tahun ini menjadi lebih istimewa kerana kami meraikan Ulang Tahun ke-25 Menara Berkembar Petronas, satu mercu tanda kecemerlangan seni bina yang juga mempunyai kepentingan budaya. Usaha sama KLCCH dengan KLFW bukan sahaja menyerlahkan budaya dan tenaga ekonomi KLCC The Place tetapi juga mewujudkan persekitaran yang membolehkan bakat-bakat tempatan berkembang menerusi daya kreatif dan inovasi yang dimiliki. Kami amat gembira untuk membawa pengalaman ini ke KLCC The Place yang merupakan nadi bandar raya ini serta menjadi titik tumpuan inspirasi bertemu kemungkinan,” kongsi Datuk Md. Shah Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KLCC (Holdings) Sdn Bhd.

Francis Tan, CEO Suria KLCC Sdn Bhd, berkata, “Sebagai rakan lokasi rasmi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024, Suria KLCC amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah acara penting ini. Tiada destinasi lebih sempurna untuk meraikan acara terbaik dalam dunia fesyen dan gaya hidup berbanding KLCC The Place, epitome semangat inovasi dan kecemerlangan Malaysia. Menghargai usaha keras pasukan berdedikasi, kami teruja untuk mengalu-alukan kedatangan KLFW ke Suria KLCC yang sememangnya merupakan destinasi unggul bagi pencinta fesyen. Dengan berlatar belakang Menara Berkembar PETRONAS yang mempesonakan sudah pasti menambahkan kesempurnaan sebagai tuan rumah acara fesyen ini.

“Kolaborasi ini mencerminkan komitmen kami dalam memupuk bakat tempatan dan memajukan industri fesyen negara. Dengan menyediakan sebuah pentas kepada lebih 50 pereka dan jenama fesyen, kami amat berbangga untuk mengangkat status Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi fesyen antarabangsa, mengilhamkan kreativiti dan pertumbuhan ekonomi.”

Aaron Loo, Pengarah Urusan, Perbankan Runcit, AmBank berkata, “Ketika kami meraikan tahun keempat berturut-turut sebagai rakan kongsi KLFW, kami sangat teruja menyaksikan gabungan kreativiti dan inovasi di pentas berprestij KLFW. Peranan institusi kewangan adalah penting dalam memupuk bakat fesyen tempatan untuk generasi akan datang. Apabila trend fesyen pengguna kian meluas, kami berharap sokongan kami akan memberi inspirasi kepada pereka fesyen untuk meneruskan usaha seni mereka. Perkongsian selama ini telah menjadi platform yang tidak ternilai bagi kami dalam mempamerkan segmen AmBank SIGNATURE Priority Banking, yang memberikan pengalaman yang eksklusif dan tiada tandingan.

Tracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank berkata, “Sebagai penaja bersama kali pertama untuk acara yang berprestij ini, kami berbangga untuk terlibat dalam menjayakan acara ini. Di AmPrivate Banking, kami amat menghargai kehalusan dalam kraf serta keunikannya. Kami berusaha untuk memberikan penyelesaian khusus yang disesuaikan dengan setiap individu elit dan gaya hidup mereka melalui penyelesaian kemewahan yang komprehensif dan strategi peribadi bagi mengekalkan, mengembangkan sekaligus memindahkan aset kekayaan mereka. Kami akan terus menyokong bakat industri fesyen melalui karya kreatif mereka yang dipaparkan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW). Kami juga berbesar hati menjadi penyampai untuk dua anugerah berprestij, Fashion Business Leader dan Brand Of The Year pada Majlis Kuala Lumpur Fashion Awards yang akan datang pada November 2024. Anugerah tersebut menunjukkan komitmen kami untuk menyokong dan memupuk pertumbuhan industri fesyen Malaysia. Dengan menggabungkan bidang kewangan dan fesyen, kami berhasrat untuk mencipta peluang unik untuk pelanggan dan pereka, memacu inovasi dan kecemerlangan.”

“Di L’Oréal Paris, kami didorong oleh komitmen berterusan dalam memperkasakan individu untuk menyerlahkan keindahan unik mereka, diinspirasikan oleh slogan ikonik kami, ‘Because You’re Worth It’ atau ‘Kerana Diri Anda Amat Bermakna.’ Sebagai rakan kecantikan belakang pentas rasmi Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024, kami amat teruja untuk meneruskan kolaborasi ini, menggabungkan produk kecantikan inovatif kami bersama  trend fesyen terkini. Bersama-sama, kami bukan sahaja meraikan kehalusan senia dan kreativiti dunia fesyen tetapi juga memberi penekanan terhadap peranan kami sebagai peneraju global dalam kecantikan yang meningkatkan daya segenap wanita.

“Menerusi ‘Walk Your Worth’, kami memberi tumpuan kepada wanita-wanita luar biasa di Malaysia dan Singapura, menggalakkan mereka untuk menerima keyakinan yang dimiliki dan mempamernya dengan bangga – baik di atas mahupun luar pentas. Ini menunjukkan komitmen teguh kami dalam mendorong dunia yang inklusif dan perkasa, menggabungkan  kecantikan dengan fesyen untuk semua. Bersedia untuk  ‘Walk Your Worth’ dan menjalani kehidupan dengan penuh keyakinan,” kata Jaren Ong, Pengarah Pemasaran, L’Oréal Paris.

Jamie Francis Morais, Pengarah Urusan Stellantis Malaysia berkata, “Rekaan adalah suatu yang sangat mendalam dalam DNA PEUGEOT dan menerusi kerjasama ini, kami teruja untuk melancarkan model baharu 408 yang akan menjadi tumpuan sebagai inspirasi pertandingan ‘Design to Sustain’. Kami yakin bahawa keunikkan rekaan 408 dan bahasa tarikan akan menyentuh emosi dan inspirasi pereka-pereka muda ini. Usaha KLFW untuk mewujudkan sebuah platform bagi bakat-bakat tempatan baharu, pada masa sama menerapkan elemen kelestarian yang juga merupakan nilai teras Stellantis adalah suatu yang amat dialu-alukan. Kami tidak sabar untuk melihat hasil karya seni yang akan dipamerkan pada pentas peragaan nanti.”

Dalam perancangan selepas anjuran KLFW 2024 adalah Fashion Connect.24 dan Anugerah Fesyen Kuala Lumpur (KLFA) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendorong dan memberi pengiktirafan kepada industri fesyen tempatan. Fashion Connect, adalah acara pendidikan dan rangkaian yang komprehensif dan direka untuk meningkatkan keseluruhan rantaian bekalan industri fesyen dengan menggalakkan ekosistem yang mampan dan berfikiran jauh. Acara sehari ini menawarkan siri perbincangan dan perkongsian pengalaman dengan pereka, penggiat industri dan tokoh-tokoh budaya. Ahli panel daripada penganjuran tahun-tahun sebelum termasuk pereka fesyen Kit Woo, Nurita Harith dan Rizman Nordin bersama-sama penggiat penting lain daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kumpulan AmBank, Zalora dan Capital A.

Mengiktiraf sumbangan pereka fesyen dan tokoh-tokoh industri negara, KLFA menganugerahkan 14 anugerah berprestij pada edisi 2023 termasuk Jenama Terbaik, Pencapaian Cemerlang dan Ikon Fesyen Tahunan. Majlis anugerah yang dipenuhi nama-nama terkemuka itu turut memberi penghormatan terhadap ketahanan dan inovasi yang ditunjukkan oleh pereka fesyen dan pencipta gaya negara.

Untuk maklumat lanjut dan program terkini acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024, layari laman rasminya di http://klfashionweek.website/ atau ikuti kami menerusi  @KLFashionWeek di Facebook  dan Instagram.

LAKAR MOMEN SERTA NIKMATI KREATIVITI, KEASLIAN DAN RASA DALAM KONSERT DATO M.N45IR CIPTA 10 OGOS 2024 INI

Memilih judul yang ringkas namun mengesankan iaitu CIPTA sebagai nama konsert terkini pada 10 Ogos 2024, ia cukup melambangkan keseluruhan seorang figura seni bernama M.Nasir.

Seantero Nusantara tahu, seluruh karyawan seni sedar dan belajar daripada banyak
karya yang telah diciptakan oleh M Nasir. Beliau adalah ‘otak’, ‘arkitek’, maestro, sifu
dan semua yang berkaitan dengan penciptaan karya seni yang berkualiti tinggi. Setiap karya yang dicipta oleh pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed ini jarang sekali tidak meledak saat dipasarkan ; daripada karya yang dibikin untuk penyanyi solo lelaki dan wanita juga kugiran rock mahupun mengusung genre pop dan balada.
Untuk dirinya yang digelar Meastro, figura berusia 66 tahun ini sentiasa mencipta
karya-karya hebat, luar biasa dan malar segar sehingga meraih pelbagai pencapaian
dalam belantika muzik. Maka dengan itu apabila CIPTA dipilih sebagai konsert julung kali dari M. Nasir yang diadakan tahun ini, ia merangkumi semua justifikasi maksud ciptaan itu sendiri.


Dijadual berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, DATO’
M.N45IR CIPTA dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa
menyokong karyawan seni.

“Icon Entertainment sedar ini bukan pertama kali penonton atau peminat
menyaksikan persembahan sifu M.Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitan
beliau dalam industri seni Nusantara.


“Tapi menerusi inilah pentas yang akan menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti
daripada seorang karyawan seni ditumpahkan lalu menjadi persembahan visual dan
audio yang tidak akan pernah dilupakan.


“Menerusi DATO’ M.N45IR CIPTA, peminat akan masuk ke dalam dunia penciptaan
beliau yang telah melahirkan karya bermutu bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi
ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhan mereka.


“Dan di DATO’ M.N45IR CIPTA, beliau akan mempersembahkan karya-karya yang
telah dicipta dalam sebuah bentuk persembahan yang belum pernah disaksikan
sebelum ini,” ujar Iman Tang dari Icon Entertainment.


Sebagai seniman sejati, M Nasir tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berlebihan
atau menjual jenamanya secara ‘kosong’. Sebaliknya seniman ini hanya mahu peminat hadir menikmati DATO’ M.N45IR CIPTA dengan cara masing-masing lalu pulang senang hati kerana telah mendapat sebuah lagi persembahan visual, audio dan santapan jiwa sesuai citarasa. Di bawah bumbung yang sama, irama dan lagu mengalir masuk ke hati sanubari masing-masing dalam lingkaran kenangan terdahulu yang akan menambahkan
momen masa hadapan.


Jadi sudahkan anda bersedia untuk ini? Sebuah konsert berskala besar untuk jiwa-
jiwa yang ingin terus meraikan CIPTAAN sifu kesayangan mereka. Sebuah konsert
yang sememangnya dinanti-nantikan tahun ini dengan visual, repoirtaire lagu,
susunan muzik, pemuzik malah penyanyinya sendiri- Dato M.Nasir yang dihormati
segenap usia dan golongan.


Jika sudah, mari kita bersama-sama berkumpul di bawah bumbung Axiata Arena
pada 10 Ogos 2024 Axiata Arena untuk mencipta satu lagi sejarah terCIPTA bagi
Dato dan penggemar melodi, muzik dan lirik-liriknya.

27hb Mei – Tiket Online akan mulai di jual pada pukul 11.00am di platform:
www.ticket2u.com.my Harga tiket bermula dengan RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS) menanti anda.

Sesi Autograf Konsert Ziana Zain 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki cakera padat, poster mahupun majalah sebagai koleksi peribadi.

Meski zaman berubah, ada satu tradisi yang mengeratkan silaturahim secara semula jadi di antara artis dengan peminat iaitu sesi ramah mesra dan mendapatkan tanda tangan secara eksklusif daripada sang idola.

Sehubungan itu, penganjur konsert penyanyi legenda Ziana Zain iaitu Anuar Zain Network &  Ziana Zain Network dengan kerjasama Altus Prohouse dengan berbesar hati menganjurkan sesi bertemu dan tandatangan eksklusif sebagai tanda penghargaan buat peminat bersempena perayaan awal Ziana Zain Concert 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024 ini.

Acara Autograph Session tersebut akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza bersempena dengan “CSA Academy Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024” nanti.

“Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran peminat yang telah membeli tiket-tiket Ziana Zain Concert 2024 untuk beramah mesra sekaligus mendapatkan tandatangan eksklusif daripada idola mereka pada lokasi dan tarikh yang telah ditetapkan.

“Dengan penganjuran acara seperti ini diharapkan akan menambah keghairahan dan keterujaan buat peminat untuk hadir ke Ziana Zain Concert 2024 pada 25 Mei 2024 ini,” ujar pihak penganjur.

Berikut merupakan syarat dan cara untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session yang berlangsung di Centre Court, Sungei Wang Plaza pukul 3 petang, 21 April 2024.

  1. Peminat perlu menebus poster atau kad foto yang disediakan di kaunter untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.
  2. Sesi menebus poster atau photo card dibuka bermula pukul 12 tengahari
  3. Sesi tandatangan akan dijalankan mengikut  sistem siapa cepat mereka dapat.
    PERHATIAN: 200 peminat terawal akan berpeluang bergambar dan mengambil tandatangan bersama Ziana Zain di atas pentas
  4. Setelah  200 peminat terawal mendapatkan slot, para peserta yang lewat masih boleh menebus poster yang sudah ditandatangan lebih awal di kaunter (mengikut stok)

Justeru untuk pemegang tiket Ziana Zain Concert 2024 dalam semua kategori jangan sampai terlepas peluang keemasan untuk ikut serta dalam Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.

Jadilah 200 peminat tegar paling awal yang akan bertentang mata, bergambar kenangan dan membawa pulang tandatangan eksklusif Ziana Zain sebelum menjamu halwa telinga pada Ziana Zain Concert 2024 di Mega Star Arena, 25 Mei 2024.

XPOSE kembali dengan Musik Video baru ‘Separuh Jiwa’

Separuh Jiwa ini berkisahkan tentang seseorang yang memberikan seluruh hati dan
perasaan kepada seorang yang amat disayanginya malangnya orang yang disayangi itu tidakmemberikan perkara yang sama malah mencuranginya. Ini boleh dikaitkan dalam kehidupan seorang manusia yang banyak cabaran dan dugaan tetapi kita tidak boleh berhenti malah kena terus berusaha untuk bangkit dan berjaya.


Oleh kerana maksud lirik lagu tersebut mempunyai banyak erti dan perspektif, XPOSE
ingin membuat kelainan di dalam muzik video Separuh Jiwa. Idea asal muzik video ini daripadamereka sendiri yang terdiri daripada Eppy, Taqim dan Furhan. Mereka berpendapat bahawa muzik video Separuh Jiwa ini harus diperjelaskan dengan lebih terperinci kerana mempunyai maksud yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan.
Dari lagu dan lirik, kemudian digarap menjadi sebuah muzik video. Secara dasarnya,
ianya menceritakan mengenai senario yang berlaku dikalangan kehidupan kita sekarang. Jika dilihat dari mula sehingga habis, kita akan dapat melihat kesan dan akibat yang boleh berlaku sekiranya kita mempunyai semangat ‘Separuh Jiwa’.


Dari sisi positif yang lain, kita harus mengingatkan diri sendiri bahawa dikalangan kita
ramai orang yang menyayangi kita dan tidak sepatutnya perkara sebegitu diserap dalam
kehidupan sehingga boleh menyebabkan kehilangan orang yang tersayang. Ingin ditegaskan, segala yang dipertontonkan adalah lakonan semata-mata dan tiada kena mengena dengan sesiapa sahaja.


Menurut Furhan, selaku vokalis dan penulis lirik, “Saya yang menulis lirik lagu Separuh
Jiwa ini. Seperti lagu-lagu XPOSE yang lain, setiap lagu mesti mempunyai maksud yang
tersirat. Saya tidak mahu lagu-lagu XPOSE sekadar lagu. Penting bagi saya untuk menekankan maksud dari bait-bait lirik sebagai panduan atau teladan untuk semua orang termasuk diri saya sendiri”.


‘SEPARUH JIWA boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik
terpilih antaranya Apple Music, Deezer, dan Spotify. Dengarkan juga lagu SEPARUH JIWA
nyanyian XPOSE di semua saluran radio tempatan pilihan anda!

Bukan Sekadar Kisah Pemburu Kepala Headhunter Melestarikan Tradisi Kepahlawanan & Setiakawan

Menghidupkan semula tradisi, adat atau kepercayaan yang pernah wujud dalam sejarah peradaban manusia ke skrin layar mungkin tidak semudah yang digambarkan.

Namun dengan pengetahuan dan kajian yang dijalankan, ‘suasana’ tersebut dapat dikembalikan meski ia dihasilkan dalam bentuk fiksyen.

Itulah yang bakal disaksikan oleh penonton apabila sebuah filem berjudul Headhunter edaran  MyContent Distribution yang bakal menemui para penonton menerusi platform Prime Video.

Headhunter dalam bahasa Melayu bermaksud pemburu kepala. Ia bukan sebuah keganasan semata-mata namun adat tradisi daripada suku kaum Iban di Sarawak sejak berabad lamanya.

Ia juga merupakanlambang kepahlawanan apabila Headhunters membawa pulang kepala selepas misi serangan yang dikenali sebagai Ngayau.

Mengambil latar abad ke-18, Headhunter yang ditulis, diarahkan dan diterbitkan sendiri oleh Badd Badrul akan menyaksikan kombinasi di antara fakta tentang adat tradisi dan fiksyen yang dibentuk menjadi hiburan sekaligus pengetahuan baharu buat generasi masa kini.

Badd Badrul juga menyifatkan Headhunter sebagai naskhah bersifat mendidik dan berkongsi ilmu tentang adat, budaya atau tradisi yang cukup kaya di Malaysia amnya dan di Borneo khususnya.

“Pahlawan Iban yang sejati bukan sahaja yang memenggal kepala tetapi yang sanggup kepalanya dipenggal, ini merupakan ‘tagline’ untuk filem ini”, kata Badd  Badrul yang menjadi tunggak utama filem Headhunter sebagai Penerbit, Pengarah dan Penulis Skrip.

“Naskhah ini bukan hanya bergantung kepada latar belakang tradisi Headhunter atau pemburu kepala itu semata-mata. Sebaliknya ia dipenuhi dengan pengembaraan, aksi, suspen dan pembalasan yang diselitkan bersama kisah asmara dan setiakawan yang sangat tinggi.

“Saya menghasilkan naskhah ini dalam bentuk fiksyen tetapi apa yang ingin disampaikan di sebalik Headhunter adalah tentang sejarah atau adat tradisi yang telah sebatidalam ‘dunia’ masyarakat Iban.

“Besar harapan saya pengisian di dalam Headhunter dapat ditonton sekaligus dikenali dan difahami oleh generasi masa kini tentang budaya serta adat tradisi kaum terdahulu sebelum kita. Pihak kami juga mendapat kerjasama dari Persatuan Transformasi Dayak (TRADA). Kami berterima kasih kepada Joseph Ninting Janting selaku presiden persatuan, dan jurulatih linguistik mereka iaitu Richard Mathias,” ujar Badd Badrul.

Headhunter yang bakal ditayangkanbermula 29 Jun 2023 di Prime Video ini mengangkat kisah empat sahabat baik yang membesar bersama sejak kecil.

Mereka adalah Anang, Lebor, Untai dan Siah yang melalui pahit manis kehidupan seharian bersama-sama..

Anang bagaimanapun melalui jalan hidup yang kurang menyenangkan. Tragedi menyayat hati terjadi apabila bapa Anang mati dibunuh dengan kepalanya dipancung oleh musuh bernama Sapik. Sejak itu Anang berikrar untuk membalas dendam ataskematian bapanya.

Masa berlalu, mereka beranjak dewasa. Anang dan Lebor telah dipanggil oleh Tuai rumah iaitu ketua rumah panjang bersama remaja-remaja yang lain untuk melakukan ekspedisi Ngayau sebagai salah satu syarat menjadi pahlawan Iban.

Mereka akan bergelar pahlawan Iban selepas mendapatkan kepala lalu diberi gelaran Bujang Berani.

Sapik sebaliknya masih dengan sikap jahat dan telah mengupah lanun untuk menyerang kaum Iban sehingga ramai terkorban.

Sapik juga sempat mengugut untuk membunuh Untai dan pada suatu hari,i Anang telah menemui bungkusan yang rupanya diisi dengan kepala Untai.

Persoalannya, siapa yang membunuh Untai?

Saksikan Headhunter edaran  MyContent Distribution yang mula ditayangkan di Prime Video pada 29 Jun 2023. Filem ini mengketengahkan lakonan Anding Indrawani sebagai watak utama, Cha Cha Maembong sebagai heroin manakala Ebi Kornelis sebagai watak antagonis  atau musuh utama hero. Ia juga menampilkan lakonan sulung Ahya Rosli dan Zulaika Zahari.

Headhunter telah mendapat Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia yang ke 31. Manakala Anding Indrawani pula telah memenangi Anugerah Pelakon Harapan  FFM 31 melalui filem yang sama.

Hari Asma Sedunia Mengajak Komuniti Untuk Meningkatkan Kesedaran Mengenai Pengurusan Asma 

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2023 – Di Malaysia, asma merupakan salah satu penyakit pernafasan dan ianya meningkat secara konsisten setiap tahun. Beberapa tahun kebelakangan ini, dianggarkan kebarangkalian pesakit asma di Malaysia telah meningkat daripada 6.4% kepada 9.4% dalam kalangan kanak-kanak berumur 6-7 tahun dan daripada 9% kepada 13% dalam kalangan kanak-kanak berumur 13-14 tahun. Melihat kepada peningkatan bilangan pesakit asma di Malaysia dam kepentingan untuk mendidik masyarakat mengenai pengurusan asma, Asthma Malaysia dan AstraZeneca, sekali lagi telah bekerjasama menganjurkan kempen awam ‘Breathe Better’  bertempat di 1 Mont Kiara, bersempena Sambutan Hari Asma Sedunia.

Majlis ini telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menguruskan asma secara efektif dan ianya telah dirasmikan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Perunding Perubatan Pernafasan, Dina Nadzir, Penyanyi Tempatan, Juruhebah Radio, Pelakon dan Penyampai Televisyen Malaysia, dan Ashwini Saha, Pengarah Perubatan Negara dan Peneraju Kawasan Metabolisme Kardiovaskular, Perubatan Terapeutik Kawasan Asia, AstraZeneca. 

Bertemakan “Kawal Asma Anda,” kempen ini menyasarkan dalam mendidik pengunjung mengenai kepentingan penggunaan ubat terkawal dalam mengurus dan merawat gejala asma dalam jangka masa panjang, dan bukan hanya sekadar bergantung kepada ubat pelega.

Bercakap mengenai kempen Breathe Better, Dr. Helmy berkata, “Amat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam bagaimana untuk menguruskan asma. Mendapatkan diagnosis awal adalah penting bagi mengelak serangan yang boleh melumpuhkan dan meletihkan. Langkah awal dan kawalan yang betul dengan ubat yang sesuai bukan sahaja dapat menghalang penyakit yang teruk, tetapi ianya mampu meningkatkan kualiti hidup seseorang.” 

“Kempen ini juga bertindak sebagai peluang bagi warga profesional dan individu yang mengidap asma untuk turut sama berkongsi pengalaman dan pandangan dengan tujuan untuk menambahbaik penjagaan dan pengurusan asma di Malaysia,” tambah Dr. Helmy.

Statistik menunjukkan di Malaysia, jumlah kematian akibat komplikasi asma setiap tahun adalah sekitar empat angka dengan kira-kira 1,700 kes dilaporkan pada 2014. Angka ini mungkin dianggap kecil jika dibandingkan dengan punca kematian yang lain, tetapi menurut pakar kebanyakan kes kematian disebabkan asma boleh dielakkan sekiranya rawatan awal dan teratur diberikan.

Dengan penilaian klinikal yang bersesuaian, asma boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana dan teruk dan berdasarkan kepada keparahan/ketenatan, pesakit memerlukan jenis dan dos ubat berbeza bagi mengawal keadaan mereka. 

“Asma yang teruk biasanya memerlukan rawatan dan pengurusan perubatan sepanjang hayat. Ianya sukar untuk dirawat dan tempoh pemulihan daripada serangan asma yang teruk adalah berbeza berdasarkan situasi individu. Amat penting bahawa mendidik orang awam pengetahuan mengenai asma merupakan satu usaha berterusan tanpa henti.

Menurut Dr. Helmy, kesedaran orang awam terhadap perbezaan ketiga-tiga kategori masih rendah. Perlu diingatkan bahawa setiap peringkat memerlukan kaedah rawatan yang berbeza dalam pengurusan asma. Pesakit asma yang teruk memerlukan perhatian khas kerana mereka lebih mudah terdedah kepada serangan asma yang berulang walaupun mereka mahir dalam menggunakan penyedut dengan betul. Ini disebabkan beberapa faktor penyumbang kepada serangan yang teruk, seperti tahap kiraan darah putih yang sangat tinggi. Pesakit ini bukan sahaja mengalami gangguan tidur setiap hari tetapi aktiviti harian mereka juga boleh menjadi terbatas. Terdapat kebarangkalian tinggi bahawa mereka boleh menjadi terlalu bergantung kepada ubat-ubatan yang memberikan kelegaan segera seperti penyedut dan steroid oral setiap hari untuk jangka panjang namun ianya tidak digalakkan.

Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 di 1 Mont Kiara merangkumi permainan berasaskan pendidikan dan pameran yang memaparkan mesej pembelajaran utama berkaitan asma, bertindak sebagai platform untuk orang ramai lebih memahami dan memperoleh maklumat awal mengenai penyakit pernafasan ini. Turut diadakan sesi perkongsian asma oleh artis tempatan Dina, di samping reruai permainan yang interaktif dan pertandingan mewarna bagi peserta yang lebih muda. Majlis ini telah dihadiri hampir 1,200 pengunjung dalam tempoh dua hari.

Walaupun asma merupakan sejenis penyakit kronik, penganjur kempen berharap majlis ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam serta penjaga mereka yang menguruskan kondisi berkaitan. Dengan pengetahuan yang betul, asma masih boleh dikawal dan diurus agar dapat menjalani kehidupan yang sihat.

Sambutan Hari Asma Sedunia 2023 masih berlangsung dan orang ramai dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://qr.epmarketing.digital/wad2023

Satu Malam, Empat Kugiran Terbaik Malaysia Di Atas Satu PanggungHujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Akan Buat Jiwa Anda Kacau!


Tidak ada yang lebih kacau bilau apabila mendengar empat kugiran dengan pengaruh
mereka masing-masing akan bermain di atas satu panggung!
Empat kugiran itu, Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo akan bersatu ‘memecahkan
panggung’, mendidihkan adrenalin sekali gus membuat jiwa-jiwa kalian kacau pada sebuah konsert yang dibawakan khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd.
Masakan tidak kacau, baru mendengar empat nama kugiran ini akan bergabung di atas
sebuah panggung pun sudah teruja, bagaimana pula kelak menyaksikan mereka menyampaikan rendisi lagu-lagu yang bukan asing menjadi halwa telinga.
Maka MND Sport & Event Sdn Bhd buat julung kalinya dengan berbesar hati menganjurkan Konsert Jiwa Kacau yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor.

Menurut Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd, idea penganjuran Konsert Jiwa
Kacau terhasil untuk menaikkan lagi imej industri muzik negara dengan terus mengangkat pemuzik generasi muda yang punya bakat dan kualiti baik yang tidak boleh diabaikan. “Penganjuran Konsert Jiwa Kacau dengan memilih kugiran Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai line-up adalah lambang apresiasi kami terhadap femonena yang dicetuskan kugiran ini dalam genre masing-masing,


“Ia juga penting untuk kami menyampaikan kepada generasi baharu atau Gen Z untuk
jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pemuzik lokal kerana kualiti yang ada pada mereka.
“Marilah kita menjiwai seni muzik yang dihasilkan oleh keempat-empat kugiran ini menerusi Konsert Jiwa Kacau yang akan dilaksanakan pada 17 Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam,” ujar Harith Daniel selaku Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event.

Menyifatkan Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo sebagai kugiran yang tidak pernah dan akan ditelan zaman lewat karya-karya yang dihasilkan, Harith juga percaya Konsert Jiwa Kacau akan membuat peminat mereka ‘gila’.
“Tidak boleh dinafikan, Hujan dan Bunkface adalah dua kugiran anak-anak indie yang
memecah tembok komersial dengan kualiti mereka sehingga menjadi legenda dalam scene Indie di Malaysia.
“Insomniacks dan Masdo pula merupakan salah satu kugiran pop dan rock yang meraih
pengaruh paling pantas dalam kalangan generasi muda lewat keunikan genre yang
dimainkan.
“Jadi apabila keempat-empat kugiran yang penuh dengan hit dan jalan cerita tersendiri ini bergabung, pihak kami percaya peminat akan ‘naik gila. Dan harapan kami agar konsert ini memberi impak yang besar selain mencipta gelombang baru untuk industri muzik Malaysia,” katanya lagi.

Sementara itu Bunkface menyifatkan Konsert Jiwa Kacau sebagai sebuah lamaran ‘gila’ yang datang tepat waktu dan tidak patut dilepaskan.
Pemilik hit-hit seperti Malam Ini Kita Punya, Situasi, Dunia Baru dan Masih Di Sini itu sangat teruja untuk melihat projek empat kugiran tersebut menjadi realisasi pada 17 Jun nanti.
“Beritahu kami siapa yang sanggup lepaskan peluang ‘berperang’ dan berpesta dengan
Hujan, Insomniacks dan Masdo? Mereka semua ‘gila’!

“Dan Konsert Jiwa Kacau sebenarnya menjadi sebuah penghormatan buat kami bagaimana karya pemuzik lokal seperti kami diiktiraf dan terus disokong untuk memartabatkan industri
muzik kita,” ujar Youk selaku wakil Bunkface.
Bagi Insomniacks yang membuat peminat ‘kacau’ lewat lagu mereka seperti Kepala Batu, Langgar dan Pulang, berkongsi panggung dengan tiga legenda muzik tempatan adalah mimpi yang menjadi realiti.
“Sebagai pemuzik paling junior dalam kelompok konsert ini, Insomniacks berasa sangat kecil tetapi berbesar hati kerana dipilih melengkapkan formasi panggung bersama Hujan, Bunkface dan Masdo yang terlebih dahulu merintis jalan untuk pemuzik seperti kami hidup dalam industri,” kata Insomniacks.


Tiket Konsert Jiwa Kacau bermula dengan CAT 3 (RM 75), CAT 2 & General (RM 165), CAT 1 (RM 235), VIP (RM 255) dan Meet & Greet Pass (RM 488) mula dijual pada 24 Mac 2023 melalui http://www.myticket.asia

Untuk itu buat semua peminat, ini adalah sebuah pesta yang tidak wajib dilepaskan kerana kalian akan menyesal seumur hidup! Bila lagi mahu melihat Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo satu pentas. Hanya ada pada Konsert Jiwa Kacau. Jumpa anda semua di sana.

PERASMIAN PEMBUKAAN BUTIK FAZURA TERBAHARU DISUNWAY PUTRA MALL DAN TAYANGAN PERDANA KEMPEN HARIRAYA 2023 FAZURA TERBITAN FAZURA PICTURES SDN. BHD.

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2023/ 17 Sya’ban 1444H
Perasmian pembukaan butik terbaharu FAZURA di Sunway Putra Mall telah
berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Ini adalah butik kedua FAZURA selepas
yang pertama telah dibuka di The Curve Damansara pada tahun lepas.

Butik di gedung membeli-belah terkemuka Sunway Putra Mall adalah yang pertama pada tahun 2023 dan ianya akan disusuli dengan pembukaan dua lagi butik FAZURA
masing-masing di Ipoh Parade, Ipoh, Perak dan di Aman Central, Alor Setar, Kedah.
Setiap butik FAZURA menawarkan rangkaian pelbagai produk dibawah jenama
FAZURA terutama Tudung FAZURA yang popular.


Adalah kelaziman unik pada setiap pelancaran rasmi sesuatu koleksi Tudung Fazura
diiringi dengan kempen video yang menarik perhatian dan membawa mesej tertentu.
Keunikan pendekatan ini adalah sinonim dengan Tudung FAZURA dan menjadi
fenomena yang sentiasa dikaitkan dengan jenama tudung terkenal ini. Setiap koleksi
mempunyai nama khas dan setiap tudung dalam koleksi juga diberikan nama
istimewanya, sesuai dengan corak dan rekaan yang ditawarkan kepada para
peminat.

“Merdeka”, “Sinar”, “Kenangan Kita”, “Kakak Kita” dan “Kakak Kita Kembali” adalah
antara video kempen koleksi Tudung Fazura yang telah mendapat sambutan
popular dan masih boleh ditonton sehingga ke hari ini.


Membuka lembaran baharu tahun ini dan sempena perasmian butik terbaharu, Nur
Fazura dan Fattah Amin telah mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan
penubuhan FAZURA Pictures Sdn. Bhd.
“Alhamdullillah, Faz dan Fattah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat
mengorak langkah baharu bermula tahun ini melalui penubuhan syarikat produksi
kami sendiri. Kami ingin menjadikan syarikat ini sebagai pelantar untuk kami
meneruskan minat dalam berkarya dan memberikan hasil yang baik untuk dikongsikan bersama para peminat. Karya-karya FAZURA Pictures Sdn. Bhd. akan
membawa hasil “signature” kami berdua sebagai anak seni”.


Lantasan itu, Tayangan Perdana dua karya sulung FAZURA Pictures iaitu “Adinda”
dan “Kakak Kita ke Jakarta” telah diadakan di TGV Cinema Sunway Putra Mall
sempena kempen Hari Raya 2023. Tayangan tersebut turut diserikan dengan
pelancaran kejutan koleksi Rampaian Pahang iaitu Baju Kurung Pahang yang telah
mendapat sambutan hangat para pembeli suatu ketika dulu.


Kempen video untuk dua koleksi tudung terbaharu iaitu “Adinda” untuk Tudung
FAZURA (White Label) dan “Kakak Kita ke Jakarta” untuk Tudung FAZURA (Pink
Label) yang ditayangkan kepada para jemputan telah dihasilkan dengan arahan
Bahri Umararif. Pengambaran untuk kedua-dua kempen video ini telah dibuat di
Cameron Highlands, Pahang dengan kerjasama BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH)
serta di Kuala Lumpur dan Jakarta, Indonesia.

Baru-baru ini, pengambaran untuk koleksi “Halaman Kasih” Tudung FAZURA telah diadakan di Bali, Indonesia. Tetamu kehormat yang hadir ke sesi Tayangan Perdana tersebut termasuklah Bapak Hendra P. Iskandar, Minister Counsellor (Hal Ehwal Ekonomi) di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia, wakil FINAS dan rakan korporat FAZURA. Turut menyerikan majlis ialah rakan selebriti, Besties FAZURA dan juga ahli keluarga Fazura dan Fattah Amin.


Pada tahun ini juga jenama FAZURA telah menjalinkan kerjasama dengan
CelcomDigi dan juga AEON Co. (M) Bhd. membolehkan para peminat mendapatkan
barangan jenama FAZURA dengan promosi hebat. Fazura dan Fattah juga akan
menjelajah ke lokasi tempatan terpilih di sepanjang bulan Ramadan ini termasuk di
KLCC, Ipoh Parade, Aman Central dan di beberapa AEON Mall. Selain itu, para
peminat akan terus dapat membeli Tudung Fazura (White Label) secara eksklusif
dari Besties FAZURA.
“Alhamdullillah, kami bersyukur kerana banyak program dan kerjasama unik telah
disusun untuk para peminat sempena kempen Hari Raya 2023. Kami teruja untuk
berkongsi detik-detik istimewa bersama para peminat dan rakan-rakan”.

Design a site like this with WordPress.com
Get started