JOOX membawakan anugerah K-Pop terbaik dan popular MAMA (Mnet Asian Music Awards 2020 untuk tahun ke-5 berturut-turut dengan “live streaming” dan “VOD”, secara EKSKLUSIF untuk pengguna di Malaysia



Acara anugerahl muzik global MAMA 2020 yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung secara online untuk pertama kalinya sekaligus menjanjikan pengalaman unik dan berlainan.

[Kuala Lumpur, 27 November 2020] – Perkembangan budaya Korea yang melanda dunia sudah sepastinya tidak dapat disangkal lagi, terutamanya di 2020 ini dengan “Dynamite” BTS yang mendominasi dan mengukir sejarah di carta muzik Billboard; Blackpink yang telah memenangi hati para peminat dan juga jenama-jenama terkemuka dunia; dan juga filem “Parasite” yang berjaya merangkul kemenangan terbesar di salah satu anugerah perfileman berprestij.  Dengan kebangkitan budaya K-Pop di peringkat global, mari sama-sama mengakhiri tahun 2020 dengan meraikan bakat hebat industri ini menerusi artis-artis popular serta muzik mereka. Walaupun berhadapan dengan cabaran luar biasa tahun ini, Mnet Asian Music Awards (MAMA) kembali dengan lebih bertenaga dengan penganjuran secara maya untuk julung kalinya, sekaigus mengeratkan lagi hubungkan para peminat dan artis kegemaran mereka!

JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya membawakan acara tahun ini untuk tontonan semua. Ini merupakan kali kelima secara berturut-turut anugerah K-pop berprestij MAMA 2020 disiarkan di JOOX, sekaligus membuktikan komitmen JOOX untuk menyumbang kepada peningkatan meteorik genre K-pop di peringkat Asia terutamanya di Malaysa. Penyiaran MAMA 2020 akan memberikan pengalaman K-pop yang agak berlainan kerana peningkatan penggunaan teknologi AI yang lebih canggih, dan juga terdapat terjemahan sari kata secara serentak di JOOX yang di bawakan oleh teknologi AI, ianya untuk memastikan bahawa peminat tidak akan terlambat menonton momen-momen penting artis K-Pop kegemaran mereka dan juga dapat menikmati anugerah berprestij ini tanpa halangan bahasa.

Artis-artis K-Pop kegemaran anda akan tampil pada 6 Disember 2020 (Ahad) di MAMA 2020, yang akan dibawakan sepenuhnya secara online untuk julung kalinya di dalam sejarah penganjuran anugerah ini! BTS, GOT7, IZ*ONE, MAMAMOO, MONSTA X, NCT, SEVENTEEN, TOMORROW X TOGETHER, TREASURE, TWICE dan artis-artis popular K-Pop lainnya dijangkakan akan memberikan persembahan hebat di pentas MAMA 2020! Jumlah undian peminat dari seluruh dunia juga telah menunjukkan peningkatan yang

sangat memberangsangkan dan membanggakan kerana ianya telah melebihi jumlah undian daripada tahun sebelumnya. Tempoh pengundian akan berlangsung sehingga 5 Disember di laman sesawang rasmi MAMA. Anugerah MAMA tahun ini menjanjikan acara yang agak berlainan dan tidak seperti anugerah muzik lainnya kerana dengan tema “NEW-TOPIA”, MAMA 2020 bertujuan menyuntik semangat melalui kekuatan muzik kepada peminat muzik Asia terutamanya di Malaysia dalam menghadapi dunia baharu yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Siapakah yang akan memenangi anugerah MAMA dan dinobatkan sebagai “Artist of The Year 2020” dan “Worldwide Fans’ Choice Awards”? Lagu hit manakah yang akan merangkul anugerah “Song of the Year” dan “Album of The Year”? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pemenang anugerah berprestij MAMA 2020 secara eksklusif di JOOX. Para peminat muzik K-Pop di Malaysia berpeluang untuk memberikan sokongan padu kepada artis-artis kesayangan mereka yang tercalon seperti BLACKPINK, BTS, EXO, IU, Seventeen, TWICE, Zico dan ramai lagi!

JOOX juga telah melancarkan katalog karaoke K-Pop terbesar di Asia baru-baru ini dimana peminat muzik dan karaoke dapat menyanyikan lagu-lagu kegemaran seperti lagu terbaharu Blackpink dan pada masa yang sama dapat juga memberikan sokongan padu kepada idola kesayangan mereka.

MAMA 2020 (6 December 2020, Ahad)   Red CarpetAward Ceremony
Malaysia3 PM local time5 PM local time

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia said, “K-Pop telah berkembang lebih kuat dari sebelumnya dan telah menjadi fenomena budaya pop. JOOX tidak hanya bangga kerana telah membawakan MAMA, anugerah K-Pop berprestij tahunan ini untuk tahun ke-5 berturut-turut, tetapi kami juga sangat berbesar hati kerana dapat terus mengembangkan pustaka muzik dan katalog karaoke kami dengan trek K-Pop terhangat. “

JOOX memberikan peluang para peminat muzik K-Pop untuk menonton berulang kali persembahan artis-artis kegemaran mereka dan penyampaian anugerah MAMA 2020 selama enam bulan melalui “video-on-demand (VOD)” di aplikasi JOOX! Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi dan menari dengan artis kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada!

Ikuti rentak lagu K-Pop terbaharu dan terhangat! Nikmati muzik K-Pop kegemaran anda dan persembahan langsung pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada dengan memuat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis K-Pop serta pertunjukan dan program baharu yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda.

JOOX builds Asia’s largest K-Pop Music Library and Karaoke catalogue with BLACKPINK, BIGBANG, iKON, TREASURE, WINNER and more

BLACKPINK’s first full-length album, ‘The Album’ also arrive on JOOX for fans with exclusive karaoke versions to sing and dance with their favourite K-Pop group

[Kuala Lumpur – October 15, 2020] – More than four years after their debut, ultra-hot girl group BLACKPINK had released their first full-length album, which has been met with absolute fervour from their fans. To celebrate the unstoppable rise of not only BLACKPINK, but K-Pop as a whole, JOOX, Asia’s most dedicated platform, has just put together the biggest K-Pop music library and karaoke catalogue through the latest additions to its vast music library – with songs from BLACKPINK’s latest album, ‘The ALBUM’, as well as numerous hits from YG Entertainment’s illustrious roster of artists, including BIGBANG, iKON, TREASURE, WINNER and more.

JOOX is proving itself to be Asia’s go-to music streaming platform for international and K-Pop music entertainment, where K-Pop fans can find the hottest tracks and Karaoke songs to sing along with, including BLACKPINK’s new song ‘Lovesick Girls’, ‘Ice Cream’ featuring Selena Gomez, ‘How You Like That and more in its latest 8-track new album, as well as the single ‘Playing with Fire’, which is added to PUBG Mobile’s latest season “Spark the Flame.” It is also dedicated to keeping the K-Pop heat alive in the hearts of its fans by further broadening its music collection and Karaoke catalogue, including BIGBANG’s ‘Bang Bang Bang’; iKON’s ‘Adore You’ and ‘LOVE SCENARIO’; TREASURE’s ‘I Love You’ and WINNER’s ‘MILLIONS’, which are all available in both of JOOX’s music and Quick Sing libraries.

If you really can’t get enough of BLACKPINK, show the world how much you love Jisoo, Jennie, Rosé and Lisa by listening to ‘THE ALBUM’ on JOOX! Stay tuned for more K-Pop music playlist by JOOX too.

 “K-Pop is truly one of the biggest music phenomena the world has ever seen, and JOOX will always make sure that K-Pop fans will never miss a beat in listening, dancing, and even singing along their favourite songs through our Karaoke and Quick Sing features. Our latest addition of BLACKPINK’s s new album as well as more of YG Entertainment’s international hits to our music library and karaoke catalogue gives JOOX users access to the hottest and brightest K-Pop stars, and this proves our commitment to only giving Asian music fans the best in entertainment, which is what they deserve,” Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, said.

JOOX’s Quick Sing feature is a fun way to sing, dance and show the JOOX users’ musical talents to the world. Instead of singing full songs, this new feature has pre-selected each song’s chorus parts, letting users focus on the songs’ most exciting sections in their videos and allowing them to showcase their creative dance moves along with their favourite tunes. Celebrate the music of BLACKPINK and other YG Entertainment artists, and let everyone know why K-Pop has truly captured the world by storm!

With more than 30 million songs in its music library from all over the world, JOOX connects you to a huge collection of artists, songs, albums and personalized playlists. Enjoy your choice of music anytime, anywhere by downloading JOOX mobile or desktop app on both the Apple App Store and Google Play Store, or access the JOOX website.

“JOOX Malaysia Top Music Awards” (Pertengahan Tahun 2020) meraikan muzik serta artis terbaik Malaysia dan antarabangsa

  • YonnyBoii, Dato ‘Sri Siti Nurhaliza, Zynakal, Naim Daniel dan Floor 88 dinobatkan sebagai “Top 5 Artis: Lokal” yang telah dipilih oleh para peminat
  • Hampir 100,000 peminat muzik Malaysia telah mengambil bahagian dengan  melakukan hampir 1.5 juta undian bagi menjayakan anugerah berprestij ini yang julung kalinya di bawakan oleh JOOX Malaysia

[Kuala Lumpur – 12 September, 2020] – Artis Malaysia yang paling popular, hangat dan berbakat diraikan bersama artis antarabangsa kerana JOOX, platform penstriman paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya mengumumkan para pemenang JOOX Malaysia Top Music Awards 2020 (Pertengahan Tahun 2020) yang pertama!

Hampir 100,000 pengguna JOOX di Malaysia telah mengambil bahagian dan memberikan sokongan yang padu kepada lagu dan artis kegemaran mereka dan  hampir 1.5 juta undian telah terkumpul  sepanjang tempoh pengundian dilakukan. Acara yang dilancarkan sempena kempen High5JOOX untuk meraikan ulang tahun ke-5 platform penstriman ini memberi pengiktirafan kepada artis-artis dan muzik lokal, antarabangsa, dan K-Pop

Floor88

Peminat muzik Malaysia telah memilih artis dan muzik lokal kegemaran mereka yang terdiri daripada pelbagai genre seperti hip-hop, pop balada sehinggalah ke rock. Mereka telah menobatkan YonnyBoii, Dato ‘Sri Siti Nurhaliza, Zynakal, Naim Daniel dan Floor 88 sebagai “Top 5 Artis: Lokal”. Untuk anugerah “Top 5 Hits: Lokal”, para pecinta muzik tanah air telah memilih ‘Peluang Kedua’ – Nabila Razali, ‘Sembah’ – Naim Daniel dan Man Keedal, ‘Biar’ – YonnyBoii,’ ‘Janji’ – Sufian Suhaimi dan ‘Yang Benar’ – Floor 88 sebagai lagu paling popular di Malaysia untuk pertengahan tahun 2020. Selain pemenang-pemenang di atas, pengguna JOOX di Malaysia juga telah menobatkan artis kesayangan Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai “Paling Popular: Artis Lokal”, dan lagu ‘Sembah’ yang dilantunkan oleh Naim Daniel dengan penampilan istimewa Man Keedal sebagai “Paling Popular: Lagu Lokal”.

Naim Daniel bersama trofi – trofi yang di terima
AwardsWinners
Paling Popular: Lokal Top 5 Artis: Lokal Top 5 Hits: Lokal   Naim Daniel
Top 5 Artis: Lokal Top 5 Hits: Lokal YonnyBoii
Top 5 Artis: Lokal Top 5 Hits: Lokal Floor 88
Top 5 Hits: Lokal Sufian Suhaimi

Kesungguhan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh peminat muzik tanah air dalam menyokong artis Malaysia yang sangat memberangsangkan merupakan kemenangan bagi JOOX, yang sentiasa berdedikasi untuk menyokong muzik tempatan, ini terbukti  dengan kejayaan projek JOOX ORIGINALS, salah satu inisiatif JOOX, yang menampilkan artis-artis berbakat dan  terbaik di negara ini. JOOX juga berusaha untuk memenuhi pelbagai selera pengguna dengan membawakan pelbagai muzik dari seluruh dunia dalam pelbagai bahasa.

Di pentas antarabangsa menyaksikan peminat muzik Malaysia telah menobatkan Alan Walker sebagai “Paling Popular: Artis Antarabangsa” di negara ini, dan juga turut berkongsi mendapatkan pengiktirafan di anugerah ini adalah Justin Bieber, Andmesh Kamaleng, Maroon 5 dan Ali Gatie terpilih sebagai “Top 5 Artis: Antarabangsa”. Lagu yang dibawakan oleh Ariana Grande dan Justin Bieber, ‘Stuck with U’ menjadi pilihan peminat sebagai “Paling Popular: Lagu Antarabangsa”, bukan itu sahaja, lagu  ‘Yummy’ – Justin Bieber, ‘Who’ – Lauv, ‘End of Time’ – K-391 dan ‘To Die For’ – Sam Smith terpilih sebagai penerima anugerah “Top 5 Hits: Antarabangsa”.

Anugerah berprestij ini  dilengkapkan  dengan pengiktirafan kepada muzik K-Pop yang telah menjadi salah satu genre muzik terhangat dan popular di negara ini dan juga peringkat antarabangsa. Pengguna JOOX Malaysia telah menobatkan ‘Any Song’ – Zico, ‘ON’ – BTS, ‘WANNABE’ – ITZY, ‘Feel Special’ – TWICE ‘ dan ‘Eight’ – IU (prod & feat. SUGA) sebagai penerima “Top 5 Hit: K-Pop”. Para peminat muzik K-Pop di Malaysia juga telah menobatkan lagu ‘ON’ yang dibawakan oleh kumpulan boyband terhangat dunia, BTS sebagai “Paling Popular: K-Pop”.

Inginkan muzik terbaik yang dapat memberikan inspirasi kepada anda?  Jangan lupa untuk menyaksikan International Express, yang dibawakan secara khas untuk peminat dan penyokong setia JOOX, menampilkan artis-artis berbakat antarabangsa yang akan merancakkan lagi industri muzik dunia dengan mengadakan sesi interaksi secara langsung dengan peminat mereka di Asia. JOOX juga menyiarkan rancangan realiti  blockbluster Korea I-LAND, istimewa untuk dinikmati oleh semua pengguna dan juga membuktikan bahawa sentiasa ada acara yang menarik untuk semua orang di JOOX!

Nikmati akses 24/7 muzik popular dan terhangat 2020 di Malaysia melalui JOOX yang menyediakan lebih daripada 30 juta lagu di pustaka muzik dari seluruh dunia, muat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX.

Pemenang Anugerah “JOOX Malaysia Top Music Awards” (Pertengahan Tahun 2020):

AnugerahPemenang
Paling Popular: Artis LokalDato’ Sri Siti Nurhaliza
Paling Popular: Lagu LokalSembah – Naim Daniel ft. Man Keedal
Paling Popular: Artis AntarabangsaAlan Walker
Paling Popular: Lagu AntarabangsaStuck with U – Ariana Grande ft. Justin Bieber
Paling Popular: KPOP ON – BTS

Top 5 Artis: Lokal

Artis
YonnyBoii
Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Zynakal
Naim Daniel
Floor 88

Top 5 Hits: Lokal

LaguArtis
Peluang KeduaNabila Razali
SembahNaim Daniel ft. Man Keedal
BiarYonnyBoii
JanjiSufian Suhaimi
Yang BenarFloor 88

Top 5 Artis: Antarabangsa

Artis
Alan Walker
Justin Bieber
Andmesh Kamaleng
Maroon 5
Ali Gatie


Top 5 Hits: Antarabangsa

LaguArtis
YummyJustin Bieber
WhoLauv ft. BTS
Stuck with UAriana Grande ft. Justin Bieber
End of TimeK-391 ft. Alan Walker
To Die ForSam Smith

Top 5 Hit: K-Pop

LaguArtis
Any songZico
ONBTS
WANNABEITZY
Feel SpecialTWICE
eightIU (prod.& ft. SUGA of BTS)

Sandra Dianne Meninggal Dunia

PENYANYI dan peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada awal hari ini.

Sandra Dianne Peserta Bigstage 2020

Sandra, 26, yang mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.

Berita pemergian Sandra dikongsi rata-rata sahabat serta para penyokong beliau di media sosial. Antara rakan-rakan artis yang terkesan dengan pemergian beliau adalah Sufie Rashid, Ara Johari, Usop dan ramai lagi. Allahyarhamah di sifatkan sebagai seorang sahabat yang baik dan mesra dengan teman-teman mahupun para penyokongnya.

Pada Sabtu lalu, Sandra, atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Insiden tersebut berlaku tatkala penyanyi kelahiran Sabah tersebut sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.

JOOX melancarkan fitur baharu “Quick Sing” dan kempen “Be The Star 2020”!!

Kuala Lumpur – 1 September, 2020 – Sesi karaoke selalu menjadi salah satu hiburan yang paling menghiburkan di dunia, kerana ianya menggabungkan minat seseorang terhadap muzik dan juga melakukan aktiviti sosial bersama keluarga dan rakan semasa berkumpul sambil menyanyikan lagu kegemaran mereka. Aktiviti ini juga memberikan peluang kepada seseorang untuk berkongsi detik-detik yang menyeronokkan bersama orang-orang yang mereka kasihi. JOOX, platform paling berdedikasi di Asia, menjadikan aktiviti ini menjadi jauh lebih mudah diakses dan digunakan oleh semua orang pada bila-bola masa sahaja. Ini kerana fungsi dan fitur karaoke yang unik disediakan oleh JOOX termasuk fitur terbaharunya “Quick Sing”, yang membolehkan peminat muzik tanah air untuk bernyanyi dan menari mengikut rentak korus lagu kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja!

JOOX menyaksikan peningkatan sebanyak 30% dari segi jumlah pengguna fitur Karaoke JOOX di Malaysia, Hong Kong dan Macau, Indonesia, Myanmar dan Thailand. JOOX terus berkembang secara pesat sejak ianya dilancarkan pada tahun 2015 dengan peningkatan yang sangat memberangsangkan sebanyak 533% pada tahun 2019 untuk jumlah keseluruhan pengguna di Asia Pasifik.

Seiring dengan peningkatan penggunaan JOOX sebagai salah satu saluran hiburan terutamanya untuk berkaraoke maka JOOX telah meningkatkan fungsi karaokenya dengan menawarkan fitur-fitur unik seperti penapis kecantikan, “sticker”, penyesuaian suara dan pertandingan karaoke. Bukanitu sahaja, ada lagi fitur terbaharu yang lebih mengasyikkan iaitu “Quick Sing”, suatu fungsiyang sangat menyeronokan untuk untuk pengguna JOOX menyanyi, menari dan menunjukkan bakat mereka kepada dunia. Dengan wujudnya fitur “Quick Sing” ini, para pengguna tidak perlu lagi menyanyikan lagu kegemaran mereka secara keseluruhan kerana fitur ini menyediakan bahagian korus lagu untuk terus dinyanyikan, sekaligus membolehkan pengguna fokus kepada bahagian lagu yang paling menarik dan mempamerkan gerakan tarian kreatif mereka dalam video sambil diiringi oleh lagu kegemaran mereka. 

Adakah anda mengimpikan untuk menyanyi, menari dan berkongsi satu pentas dengan idola tempatan ataupun antarabangsa kegemaran anda? Impian anda akan tercapai dengan fitur “Quick Sing” di JOOX ini! Jangan lepaskan peluang  untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan “Quick Sing”, yang tampil dengan dua tema berbeza setiap minggu. Semakin banyak anda menghantar penyertaan karaoke “Quick Sing” ini, maka semakin tinggilah peluang anda untuk  membawa pulang hadiah-hadiah menarik. Pertandingan “Quick Sing” “Nyanyi & Menang iPhone 11” yang dilancarkan baru-baru ini, memberi peluang kepada pengguna JOOX untuk memenangi iPhone 11. Nantikan Pertandingan “Quick Sing” yang lebih menarik pada masa akan datang!

Sekiranya  anda minat menyanyi dan cita-cita anda adalah untuk menjadi penyanyi terkenal inilah peluang keemasan yang dinanti-nantikan! Di bulan September ini, pengguna JOOX boleh menyertai “Be The Star 2020”, sebuah pertandingan pencarian bakat baharu yang dilancarkan di seluruh Malaysia. Dengan hanya mengirimkan video nyanyian karaoke Quick Sing, pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak  RM10,000 serta berpeluang melancarkan  lagu di JOOX! Lagu tersebut  akan dihasilkan oleh kumpulan produksi profesional di bawah sebuah label muzik. Adakah anda telah bersedia untuk menggapai cita-cita yang anda impikan? Maklumat lanjut acara pencarian bakat ini akan di umumkan JOOX melalui laman rasmi Facebook JOOX dari masa ke masa oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai acara ini di galakkan untuk melayari laman rasmi Facebook JOOX.

Jangan ketinggalan untuk mencuba kehebatan fungsi ini! Nantikan lebih banyak cabaran “Qucik Sing” yang akan dibawakan oleh JOOX, seperti #ToBeYoungChallenge dan #DanceMonkeyChallenge, yang pasti menyeronokkan di samping memberi peluang kepada anda untuk memenangi hadiah menarik!

Cara Mudah Penggunaan Fitur “Quick Sing”:

Masuk ke aplikasi JOOX, klik “SING” di sudut kanan atas, dan pengguna dapat melihat butang “Quick Sing” di bahagian tengah skrin.
Terdapat pelbagai lagu untuk dipilih pengguna di bahagian atas skrin. Sebaik sahaja pengguna menemui lagu yang diinginkan,  klik butang “Quick Sing”.
Pengguna JOOX boleh memilih untuk menyanyikan mana-mana bahagian lagu yang mereka inginkan dengan menggunakan  butang pilih.

Angie Tan, Pengurus JOOX Malaysia berkata, “Dengan JOOX, karaoke kini menjadi hiburan dan pengalaman interaktif yang bukan  sekadar nyanyian sahaja. JOOX selalu berusaha untuk memenuhi permintaan para pengguna JOOX yang gemar berkaraoke, iaitu dengan pengenalan fitur baru. “Quick Sing”, yang menawarkan lebih banyak peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dan menciptakan memori indah bersama keluarga dan rakan-rakan. Pelancaran fitur baru ini menjadi istimewa semasa dunia masih memerangi wabak Covid-19 apabila ramai peminat muzik, terutamanya golongan belia yang merindukan lebih banyak aktiviti hiburan semasa mereka berada di rumah. Pengguna fitur ini boleh membuat video pendek untuk menunjukkan bakat menari dan muzik mereka kepada dunia. Dengan pelbagai kempen “Quick Sing” seperti ‘Be The Star 2020’ yang akan datang, kami menjadikan karaoke sebagai bentuk hiburan interaktif, dan yang dapat membantu peminat menemui dan mengenali pengguna-pengguna JOOX yang berbakat di bidang muzik.”

Baekho Nuest

Ciptakan pengalaman muzik anda supaya lebih menyeronokkan dan memuaskan melalui fitur baru “Quick Sing” di JOOX, dan sertailah artis kegemaran anda dengan menyanyi dan menari. Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu persendirian Nikmati muzik pilihan anda pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada dengan memuat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda!

###

Perhatian:

Kempen “Sing & Win iPhone 11” akan berakhir pada 3 September ini.

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction Kini di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2020 – Penantian orang ramai akhirnya berakhir apabila Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction kini berada di Kuala Lumpur. Bertempat di bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), buat julung kalinya panggung wayang tersebut akan membuka tirai dengan tayangan Hollywood Legacy Of Lies

Rudy Irwan (Director of MATIC), Syed Yahya Syed Othman (Director Production of Tourism Malaysia), Jack Gill (Director of MD Events Asia) Othman Chraibi (Business Executive Officer of the Beverages Business Unit, Nestlé (Malaysia) Berhad) and Arvin Randhawa (CEO of TwoSpicy Entertainment Live)

Pelancaran panggung wayang ini telah disempurnakan pada 29 Julai 2020, turut dihadiri tetamu kehormat dan pengamal media serta diserikan dengan kehadiran barisan hadapan dari pelbagai klinik di sekitar Lembah Klang sebagai tanda penghormatan dalam usaha memerangi wabak COVID-19. Langkah penjarakan sosial yang ketat juga dilaksanakan mengikut saranan kerajaan.

Nescafe Food Truck

NESCAFÉ® merupakan penaja utama bagi Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction, sementara MAGGI® adalah penaja makanan rasmi dan KITKAT® adalah penaja makanan ringan rasmi untuk acara tersebut. NESCAFÉ® M-Junction akan menjadi tarikan sementara selama 3 bulan yang pastinya akan menarik penonton filem dari seluruh negara. Kapasiti panggung wayang ini boleh memuatkan maksimum 50 buah kereta dalam satu masa, dan tayangan filem tempatan dan antarabangsa pada layar LED 4 meter x 9 meter. Hanya dua penonton dibenarkan berada dalam setiap kereta dan suhu badan akan diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk. Pembesar suara mudah alih juga akan disediakan oleh pihak pengurusan demi keselesaan dan keselamatan kereta penonton. Untuk mengurangkan risiko kontak dan kesesakan laluan, pembayaran tanpa tunai melalui sistem dalam talian turut disediakan, dimana makanan dan minuman akan dihantar terus ke kereta penonton.

Usaha sama di antara pakar pengurusan acara tempatan TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia ini telah mendapat banyak tarikan di media sosial sejak beberapa minggu yang lalu.

“Pengurusan acara, industri hiburan dan pelancongan sangat terjejas berikutan wabak koronavirus. Demi menyelamatkan pekerjaan dan juga menjana ekonomi, maka kami memutuskan untuk mencipta semula produk kami agar bersesuaian dengan norma baharu ”kata Arvin Randahwa, Pengarah TwoSpicy Entertainment Live.

“Kami telah menetapkan langkah-langkah kebersihan dan peraturan keselamatan yang ketat. Sebagai penganjur acara yang bertanggungjawab, fokus kami adalah untuk memastikan pelanggan kami selamat, dan juga memastikan mereka mempunyai pengalaman yang baik semasa menonton filem di tempat kami” kata Jack Gill, Pengarah MD Events Asia.

Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Minuman, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Ramai orang tidak berkesempatan duduk dan menikmati perkara-perkara sederhana dalam hidup – seperti menonton filem kerana keadaan yang terjadi baru-baru ini. Di NESCAFÉ® kami ingin membawa semua orang untuk menghargai saat-saat bersama, tidak kira besar atau kecil. Panggung Wayang Pandu Masuk NESCAFÉ® M-Junction adalah peluang terbaik bagi orang ramai untuk menikmati filem hebat bersama rakan-rakan dan ditemani secawan NESCAFÉ® sambil mengamalkan penjarakan sosial”

Mengambil peluang untuk menggabungkan pengalaman baharu ini dengan rasa baru yang segar, variasi terkini NESCAFÉ® Latte Milk Tea juga disediakan untuk dipesan oleh para penonton filem dan dinikmati bersama di NESCAFÉ® M-Junction.

“Panggung wayang ini memberikan satu perubahan yang tidak dijangka dalam amalan kebiasaan menonton filem di pawagam, seperti Teh Susu Latte NESCAFÉ® baru kami – gabungan terbaik dari kedua-dua dunia: kopi dan teh di dalam satu cawan; sesuatu yang tidak disangka-sangka dan lazat! Penonton filem di NESCAFÉ® M-Junction akan menjadi kumpulan pertama di Malaysia yang mencuba inovasi NESCAFÉ® terbaru ini,” tambah Othman.

NESCAFÉ® M-Junction berbangga mengangkat sebagai acara pengalaman pertama yang menyokong pengurangan pelepasan karbon dioksida. Dengan membekalkan setiap kereta pembesar suara dan kipas mudah alih yang boleh dicas semula, pihak penganjur mendorong para penonton untuk mematikan radio kereta dan sistem penyaman udara mereka sepanjang tayangan filem berlangsung, sebagai simbol komitmen kepada bumi. Fakta dan angka berkaitan dengan Pemanasan Global juga ditayangkan sebelum tayangan filem bermula untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu tersebut.

Penaja bersama acara ini termasuk Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), MAGGI®, KIT KAT®, Absolute Popcorn, Mobile Food Truck and Street Food Association (MSA) dan Avante.

Penjualan tiket kini dibuka dan bermula pada harga RM99.00 setiap kereta (maksimum 2 orang) untuk pakej standard dan RM159.00 setiap kereta (maksimum 2 orang) untuk Pakej VIP. 2 hidangan setiap kereta turut disertakan bersama tiket. Beroperasi setiap hari, berikut adalah masa tayangan dan para tetamu diminta tiba 30 minit sebelum tayangan filem bermula bagi proses daftar masuk / tayangan:

• Sesi Pertama: 6:00 PM

• Sesi Kedua: 9:00 PM

NESCAFÉ® M-Junction juga membenarkan tempahan untuk acara peribadi dan korporat. Maklumat lanjut boleh didapati di website www.mjunction.my atau hubungi talian 03 – 2282 6413.

JOOX menyaksikan pengaruh K-Pop yang semakin meningkat pada budaya popular di Asia Tenggara

JOOX membawakan fenomena muzik global terbaik kepada peminat K-pop di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar dan Hong Kong dan Macau melalui dua program menarik K-Pop Express:I IDOL STATION dan I-LAND

[Kuala Lumpur – 29 Julai, 2020] –Sejak sedekad yang lalu, pencinta muzik telah menyaksikan peningkatan pesat K-pop, genre muzik pop yang dibawakan oleh artis berbakat dari Korea. Pada tahun lalu juga, K-pop mencapai jumlah penonton dalam talian yang tertinggi di rantau Asia Tenggara, diungguli oleh Indonesia dan Thailand dengan masing-masing 2.62 bilion dan 2.15 bilion tontonan1. Asia Tenggara juga telah muncul sebagai pasaran ketiga terbesar untuk muzik Korea setelah Jepun dan China, dengan Korea mengeksport kandungan muzik yang bernilai jutaan ke rantau ini dengan pertumbuhan sebanyak 60 peratus dalam hanya dua tahun 2

JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, sudah pasti turut memainkan peranan dalam mempromosikan muzik K-Pop sejak ianya dilancarkan. Selain akses 24 jam ke lagu dan senarai main Korea kegemaran mereka, peminat K-pop dapat menghabiskan masa dengan idola mereka melalui konsert eksklusif dan strim langsung acara muzik seperti Melon Music Awards (MMA) dan Mnet Asian Music Awards (MAMA). Baru-baru ini, JOOX juga telah melancarkan K-Pop Express ke semua pasarannya di Asia, menawarkan dua program menarik: IDOL STATION –  rancangan K-pop yanng dihasilkan JOOX untuk julung kalinya, dan rancangan realiti blockbuster berkonsep baharu I-LAND.

IDOL STATION adalah program  strim mingguan secara langsung yang menampilkan ‘oppa’ seperti ahli kumpulan boyband K-pop terhangat, yang telah menarik 500,000 penonton di rantau ini untuk setiap  episod.  Program ini memupuk hubungan yang lebih akrab antara peminat dan artis Korea, dimana mereka memberikan kesempatan kepada  para peminat untuk menjengah  kehidupan peribadi idola mereka melalui rancangan realiti dan hiburan ini. Episod sebelumnya menampilkan SEVENTEEN, Nu’est dan ONF, yang  membawakan peminat mereka  ke belakang tabir dan berinteraksi secara langsung dengan idola mereka melalui “live chat”, persembahan muzik dan tarian serta sambutan khas. Kepada para VERRER jangan ketinggalan untuk bersama kumpulan K-pop Verivery yang akan berinteraksi dengan para peminat dan mereka juga akan mempromosikan album terbaharu mereka pada 4, 11 dan 18 Ogos!

________________

1. Blip, sebuah organisasi penyelidikan data swasta, menerbitkan “peta K-Pop global” yang menunjukkan pengedaran penayangan global klip K-Pop pada 21 Ogos 2019.

2. Menurut data yang dikeluarkan oleh Badan Kandungan Kreatif Korea Selatan, eksport kandungan Korea Selatan (dari segi nilai wang) ke Asia Tenggara telah meningkat 60% dari tahun 2015 hingga 2017.

Dengan nilai produksi mencecah USD14 juta, I-LAND Fasa 1 telah memperkenalkan peminat muzik K-pop kepada 23 pelatih idola lelaki antarabangsa yang telah menarik  1 juta penonton secara purata pada setiap episodnya di JOOX. Acara ini dibawakan oleh oleh Bang Si-hyuk, pengasas Big Hit Entertainment dan BTS. Program eksklusif mingguan yang disiarkan di JOOX ini akan memasuki Fasa 2, dimana 12 daripada 23 pelatih akan bertanding untuk mendapatkan kedudukan menjadi ahli kumpulan K-pop yang akan debut di enam episod akan datang. Bukan itu sahaja, JOOX juga menjemput para pengguna untuk memberikan sokongan kepada idola baharu mereka dengan mengundi setiap minggu dan rebut hadiah menarikdaripada JOOX! Tonton episod I-LAND Fasa 1 yang akan berakhir pada 31 Julai ini dan jangan lupa untuk mengikuti perjalanan idola-idola ini pada Fasa 2 yang akan disiarkan setiap hari Jumaat bermula 14 Ogos sehingga 18 September.

Jangan ketinggalan mengikuti IDOL STATION dan I-LAND, dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Cina yang disediakan dengan menggunakan teknologi AI yang terkini dan tercanggih!

Bagi peminat yang belum puas menikmati muzik K-pop, JOOX juga menyediakan  muzik video kepada penggunanya seperti BLACKPINK ‘How You Like That’, serta lagu tema drama ‘It’s Okay to Not Be Okay’, yang membolehkan para pengguna untuk meningkatkan dan memperkaya pengalaman muzik Korea mereka melalui JOOX. Pengguna JOOX juga dapat menikmati  senarai muzik lain sepert ’Top 200 Korean Hits’.

“Pengguna di seluruh dunia telah mengikuti perubahan gaya hidup yang dramatik pada separuh pertama tahun 2020, yang merangkumi cara mereka menggunakan media seperti muzik. Oleh kerana semakin ramai  orang  melihat nilai hiburan secara strim langsung , JOOX menyediakan kandungan yang digemari para peminat, seperti program eksklusif pertama JOOX, IDOL STATION, yang membolehkan peminat berinteraksi dengan idola mereka, dan I-LAND, pertunjukan bakat K-pop yang baharu dan hebat,” kata Angie Tan, Pengurus JOOX Malaysia.

“JOOX pasti akan terus menyokong pertumbuhan kesenian Korea di seluruh Asia dan peringkat global. Peminat muzik K-pop berhak untuk mendapatkan yang terbaik, maka kami selalu akan memastikan untuk memberikan mereka program terhangat  K-pop dan budayaKorea, termasuklah acara muzik terbesar, pertunjukan langsung dan siaran muzik,” tambah Angie.

Ikuti perkembangan terkini mengenai yang terhangat di dunia dan K-pop, semuanya di K-Pop Express JOOX!

JOOX menyediakan lebih daripada 30 juta lagu di pustaka  muzik dari seluruh dunia dan menghubungkan pengguna dengan artis, lagu, album serta senarai main peribadi mereka.

Jika anda Ingin terus mengikut perkembangan muzik di Malaysia dan di serata dunia, muat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda!

Ledakan Duo Naim Daniel & Ismail Izzani by Joox

Ledakan Duo by Ismail Izani & Naim Daniel

Hey guys!!! we another good news as well to share with you that  Ledakan Duo – Naim Daniel & Ismail Izzani which is will be broadcast tomorrow Saturday, 25th July at 9pm will be witnessing premiere of their latest duet exclusively at JOOX!!

See ya soon!!

JOOX High5JOOX Online Concerts featuring Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, Floor 88, FML, Naim Daniel and Ismail Izzani, Sophia Liana & Budak Ngam

Move to the Beat! JOOX announces High5JOOX Online Concerts featuring Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, Floor 88, FML, Naim Daniel and Ismail Izzani, Sophia Liana & Budak Ngam

JOOX Malaysia celebrates five years of the best in music and entertainment with three weekends of online performances by top local artists across various genres; Win exclusive passes to interaact with your idols through video calls!

[Kuala Lumpur – Jul 23, 2020] JOOX, Asia’s most dedicated music platform, wants you to move and groove with some of the hottest and brightest Malaysian music artists. Get ready for three weekends of awesome online live performances as part of High5JOOX, JOOX Malaysia’s 5th anniversary celebration. Experience the Online Concerts in the comfort of your own home, with front row seats to watch Naim Daniel and Ismail Izzani, Floor 88 and JOOX ORIGINALS artists Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana & Budak Ngam. You may even have a chance to win exclusive passes to one of these shows! 

Prepare to swoon and surrender to the soothing voices of the ‘Ledakan Duo,’ Naim Daniel and Ismail Izzani, who will be performing on JOOX as a duo for the first time on July 25. Then, unleash your inner rocker and bang your heads with Floor 88 on August 8, as the ‘Gegaran Band’ shows their fans why they are the most streamed band on JOOX.

Last but definitely not least, JOOX ORIGINALS artists will take centerstage on August 15 to charm their way to the hearts and minds of music lovers, delivering their unique pop and R&B beats and tunes. Join Queen of Ballads Dayang Nurfaizah, singer-songwriter Daiyan Trisha, new R&B duo FML, Sophia Liana from the famous girl group DeFam & Budak Ngam as they further make their mark on the Malaysian music scene.

Don’t miss any of these phenomenal online concerts! Mark your calendars now:

July 25, Saturday 9pmNaim Daniel and Ismail Izzani
August 8, Saturday 9pmFloor 88
August 15, Saturday 9pmJOOX ORIGINALS artists incl. Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana & Budak Ngam
Mark your calender guys!!

Join the excitement and RSVP now at https://bit.ly/RSVPLedakanDuoJOOX ! What’s more, you may stand a chance to win exclusive passes to interact with the artists via video calls! Two luckiy winners will be selected by JOOX for each concert. Stay tuned to the JOOX Malaysia Facebook page / JOOX app for participation details!

“We are extremely excited to give music lovers all over Malaysia what they truly deserve, which is only the best music from the hottest, brightest and most promising music stars in the country. As part of the High5JOOX Celebration, the three weekends of online music performances demonstrate our commitment to giving back the love JOOX continues to receive from Malaysian music fans for five years and counting. Most of all, the line-up of participating artists perfectly captures how vibrant and dynamic Malaysia’s digital music scene truly is,” said Angie Tan, Head of JOOX Malaysia.

“We can’t wait to entertain our fans and let them feel our songs’ vibe in our online concert,” said Naim Daniel and Ismail Izzani. Red-hot indie band Floor 88 promises to rock their fans to the core, saying, “They are going to move and groove with every note and beat as if we’re all in the same room live.” Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana and Budak Ngam also expressed how hyped they are for their online performances. “We hope all music fans in Malaysia are ready for us, because we’re ready to give our 100 percent to them,” they stated.

Whether you watch the first-ever JOOX-produced K-Pop program IDOL STATION, the exclusive JOOX ORIGINALS music crossover projects, and the latest Korean blockbuster I-LAND featuring K-Pop dancing king Rain and Korean rapper Zico, ortune in to live streams and sing karaoke with your families and friends, JOOX is just one click-away from your personal and daily music and entertainment party!

With more than 30 million songs in its music library from all over the world, JOOX connects users to their favourite artists, songs, albums and personalized playlists.

Want to stay up-to-date with all the biggest music happenings in Malaysia and around the globe? Download the JOOX mobile or desktop app on both the Apple App Store and Google Play Store, or access the JOOX website. Stay tuned for more local and international artists’ music and live performances, as well as exciting new shows and programs, brought to you by JOOX!

JOOX Malaysia Top Music Awards – Peluang memenangi Apple Watch & iPhone11

JOOX memberikan kuasa mengundi kepada para pencinta muzik Malaysia untuk memilih muzik terhangat tahun ini di “JOOX Malaysia Top Music Awards” (Pertengahan Tahun 2020) yang pertama, dengan hadiah menarik “Apple Watch” dan iPhone 11 menanti peminat yang mengundi.

Pencinta muzik tanah air dapat menunjukkan sokongan padu kepada lagu & artis kegemaran mereka dan juga berpeluang memenangi hadiah menarik lanjutan dari kempen High5JOOX sempena ulang tahun ke-5 JOOX di Malaysia.

Kuala Lumpur, 17 Julai 2020 — JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, memberikan peminat muzik di Malaysia kekuatan untuk mengundi dan menobatkan  muzik & artis kegemaran mereka untuk memenangi anugerah berprestij “JOOX Malaysia Top Music Awards” (Pertengahan Tahun 2020)! Bukan itu sahaja, peminat muzik tanah air juga boleh berkongsi kemenangan dengan idolaidola mereka dengan menjad peminat fanatik, dan berpeluang membawa pulang iPhone 11!

Acara baharu dan menarik ini yang julung kalinya diperkenalkan oleh JOOX adalah sebahagian daripada kempen High5JOOX, untuk meraikan perjalanan JOOX selama lima tahun memberikan muzik dan hiburan terbaik kepada pencinta muzik Malaysia. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengundi idola kesayangan anda agar memenangi anugerah berprestij ini!

Bermula hari ini sehingga 6 petang 30 Julai, peminat muzik Malaysia dapat mengundi artis dan lagu pilihan mereka untuk  memenangi Anugerah Paling Popular: Artis Antarabangsa, Muzik Antarabangsa, Artis Tempatan, Muzik Tempatan, dan K-Pop yang akan dianugerahkan kepada artis yang menerima undian tertinggi dari peminat mereka di setiap kategori. Pengguna percuma JOOX mendapat 5 undi setiap hari sementara mereka yang mempunyai akaun VIP mendapat 20 undi,  yang boleh dibahagikan untuk semua kategori undian. Jadi jangan tunggu lagi dan mulailah mengundi sekarang, kerana idola kesayangan anda menunggu untuk mendapatkan sokongan setiap hari!

___________________

1. Calon-calon setiap kategori dikira berdasarkan data JOOX antara 1/1/2020 – 30/6/2020.

Siapakah idola yang menjadi pilihan anda? Anda tentukan sendiri! Berikut adalah calon calon berdasarkan kategori masing masing: (mengikut susunan abjad):

Top 10 Anugerah Artis TempatanTop 10 Anugerah Artis AntarabangsaTop 10 Anugerah Muzik TempatanTop 10 Anugerah Muzik AntarabangsaTop 10 Anugerah Muzik K-Pop
AcheyAlan WalkerBiar – YonnyBoiiEnd of Time – K-391Any song – Zico
Dato’ Sri Siti NurhalizaAli GatieCanggung – Wany HasritaIntentions – Justin BieberBlack Swan – BTS
Floor 88AndmeshCintaiku – AlyahLose You To Love Me – Selena GomezDUN DUN – EVERGLOW
Hafiz SuipAriana GrandeJanji – Sufian SuhaimiNo Time To Die – Billie EilishEight (Prod.&Feat. SUGA of BTS) – IU
Naim DanielBillie EilishPeluang Kedua – Nabila RazaliPhysical – Dua LipaFANCY – TWICE
Sufian SuhaimiEd SheeranSeadanya Aku – Ippo HafizSour Candy – Lady GagaFeel Special – TWICE
UkaysJustin BieberSemalam – Aina AbdulStuck with U – Ariana GrandeFilter – BTS
Wany HasritaLauvSembah – Naim DanielTo Die For – Sam SmithHow You Like That – BLACKPIN
YonnyBoiiMaroon 5Shimmy – Andi BernadeeWho – LauvON – BTS
ZynakalShawn MendesYang Benar – Floor 88Yummy – Justin BieberWANNABE – ITZY

Jadilah peminat paling fanatik idola anda dan bawa pulang iPhone11!

Undilah sebanyak mungkin setiap hari, dan anda mungkin antara penerima Anugerah Peminat Fanatik  dari setiap lima kategori, dimana anda akan menerima jam tangan jenama Apple. Dan siapatahu? Anda mungkin menjadi pengundi dengan undian terbanyak di semua kategori – dan memenangi iPhone 11!

Angie Tan, Ketua JOOX Malaysia berkata, “JOOX telah memberikan pengalaman  penstriman muzik dan hiburan yang tiada tandingannya kepada pencinta muzik di Malaysia selama lima tahun, dengan memberikan peminat muzik tanah air   penstriman langsung eksklusif, konsert dan JOOX ORIGINALS yang menampilkan kerjasama dengan ramai artis tempatan. Pada tahun ini, kami telah menayangkan lebih daripada 400 pertunjukan untuk peminat Malaysia, 30 daripadanya adalah pertunjukan global atau serantau seperti ‘One World: Together at Home’, ‘JOOX World Music Day’, dan persembahan eksklusif lainnya seperti program K-pop yang dihasilkan oleh JOOX sendiri, K-Pop ‘IDOL STATION’, siaran langsung ‘Stay Home, Stay Tuned’; dan juga konsert dan persembahan secara langsung yang menampilkan artis-artis serantau dan tempatan seperti Aaron Kwok, Mayday, Aziz Harun, Daiyan Trisha, Hazama, dan ramai lagi. “

 “Sama seperti bagaimana JOOX telah menghubungkan peminat tanah air dengan muzik kegemaran mereka pada bila bila masa dan di mana sahaja mereka berada melalui platform kami, JOOX terus maju ke hadapan dengan memperkenalkan “JOOX Malaysia Top Music Awards” untuk pertama kalinya, di mana peminat dapat terlibat secara langsung untuk menunjukkan sokongan dan cinta mereka kepada artis tempatan dan antarabangsa yang mereka sayangi dengan mengundi mereka untuk mendapatkan pengiktirafan yang layak dan wajar di industri muzik. Bagi mengekalkan kedudukan JOOX di kalangan peminat muzik tempatan, satu siri konsert eksklusif JOOX dalam talian yang akan menampilkan artis terhangat dan popular seperti Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Floor88 dan banyak lagi akan disiarkan tidak lama lagi sebagai sebahagian daripada kempen High5JOOX.  Nantikan! ” kata Angie.

Design a site like this with WordPress.com
Get started