High-five JOOX! dengan wang tunai bernilai sehingga RM110,000 sempena Ulang Tahun ke-5 di Malaysia

High-five JOOX! JOOX meraikan ‘High5JOOX Celebration’ bersama peminat muzik tanah air dengan  pemberian hadiah menarik dan wang tunai bernilai sehingga RM110,000 sempena Ulang Tahun ke-5 di Malaysia

Peminat muzik tanah air berpeluang merebut barangan menarik serta gajet terhangat, seperti iPad,  iPhone 11 Pro Max, Apple Watch Series 5, dan GoPro Hero 8 Black berserta hadiah wang tunai  RM20,000 sempena meraikan lima tahun muzik dan hiburan tanpa henti di JOOX

Kuala Lumpur, 7 Julai 2020 — Sempena meraikan tahun ke-5 sebagai platform muzik dan hiburan terbaik di negara ini, JOOX, sebuah platform muzik paling berdedikasi di Asia menyemarakkan lagi sambutan ini melalui High5JOOX Celebration dengan pemberian hadiah menarik seperti  gajet terkini dan wang tunai untuk pencinta muzik di Malaysia.

Tawaran #1: High5JOOX Daily Check-In

Semua pengguna JOOX berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM110,000, seperti akses JOOX VIP dan wang tunai  RM500 sehinggalah  gajet terkini  dambaan ramai  seperti iPad, iPhone 11 Pro Max, Apple Watch Series 5, dan GoPro Hero 8 Black  dengan High5JOOX Daily Check-In!

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan hadiah menarik ini?

Bermula dari 7 Julai hingga 2 Ogos,  log masuk ke JOOX untuk peluang merebut satu hadiah setiap hari! Jika anda ingin membawa pulang  gajet atau hadiah wang tunai,  log masuklah lebih daripada dua hari berturut turut untuk peluang lebih tinggi bagi mendapatkannya!

Wang tunai  sebanyak RM20,000 untuk dimenangi sempena Ulang Tahun ke-5.

Pengguna yang mendengarkan muzik paling lama di JOOX sepanjang tempoh kempen ini berpeluang untuk mendapatkan hadiah wang tunai sebanyak RM20,000!

Sama ada anda mengikuti rancangan K-Pop IDOL STATION yang dihasilkan secara ekslusif oleh JOOX,  projek muzik ‘crossover’ eksklusif JOOX ORIGINALS, program blockbuster Korea terbaharu I-LAND yang menampilkan raja menari K-Pop, Rain dan penyanyi rap Korea, Zico, ataupun menonton siaran langsung dan berkaraoke bersama keluarga dan rakan anda, hanya dengan satu klik sahaja maka JOOX akan menjadi pesta muzik dan hiburan peribadi harian anda!

Tawaran # 2: Promosi VIP High5JOOX

Sebagai penghargaan kepada peminat setianya, JOOX juga mengadakan 5th Anniversary Thankful Sale bermula dari hari ini sehingga 31 Julai, dimana ianya menawarkan dua pilihan menarik kepada pengguna:

# 1: JOOX menawarkan langganan bulanan serendah RM9.90 (harga asal: RM12.90)!

# 2:

• Beli VIP 1 bulan dan percuma VIP 1 bulan (2 bulan keseluruhan)

• Beli VIP 3 bulan dan percuma VIP 2 bulan (5 bulan keseluruhan)

Jangan tunggu lagi! Daftarlah sekarang: bit.ly/High5JOOX

Pelan JOOX VIP membolehkan pengguna menikmati lebih banyak keistimewaan daripada pengguna percuma . Pengguna VIP boleh memainkan kesemua lagu di JOOX tanpa iklan, menikmati muat turun tanpa had dan menerima Karaoke plus (K-Plus), yang membolehkan pengguna berkaraoke dan merakam tanpa had.

#Lebih Banyak Acara Akan Datang di JOOX

JOOX juga akan memberikan lebih banyak hadiah sempena meraikan ulang tahunnya ini! Anda boleh menikmati konsert artis dalam talian dan juga mengundi artis dan lagu kegemaran anda tidak lama lagi, jadi nantikan berita terbaharu dari JOOX.

Pakailah kasut menari anda dan bersiap-siaplah untuk bergoyang dan berdansa bersama dengan bintang muzik terbaik dan paling hangat masa ini sempena meraikan lima tahun muzik berkualiti tinggi dan bertenagadari JOOX!

JOOX IDOL STATION membawakan sensasi K-pop NU’EST dan ONF lebih dekat dengan peminat mereka di seluruh Asia dengan persembahan eksklusif dan sesi sembang secara langsung

23 Jun : ONF’s first dance battle

30 Jun & 14 July : Meet and Greet ONF dan Baekho@NU’EST di sesi bertemu dan bersembang bersama peminat di atas talian (with sari kata terjemahan secara langsung)

Kuala Lumpur, 19 Jun 2020NU’EST dan ONF adalah dua kumpulan boyband K-pop yang paling hangat dan menawan di saat ini, mereka tidak pernah gagal untuk memberikan persembahan yang terbaik dan memukau di mana sahaja mereka berada! Apakah anda rindu untuk menyaksikan persembahan nyanyian dan tarian mereka dimana akan memukau mata, telinga dan hati anda juga akan ikut menari mengikuti rentak music mereka? JOOX, platform penstriman yang paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya membawakan mereka secara langsung kepada para peminat melalui IDOL STATION, program K-pop pertama yang dihasilkan oleh JOOX!

IDOL STATION adalah program impian para pencinta K-pop, kerana akan membawakan NU’EST dan ONF kepada para peminat K-Pop ‘oppa’.  Duduk dan nikmatilah ‘oppa’ kegemaran anda yang akan memancarkan daya tarikan luar biasa mereka dan memberikan anda hiburan hiburan yang tidak dapat dilupakan melalui

persembahan eksklusif dan sesi sembang secara langsung bersama mereka dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin yang akan di siarkan secara ekslusif di Malaysia!

Bukan sahaja persembahan energetic mereka sahaja yang dapat menghiburkan anda seperti melalui segmen seperti sambutan hari jadi Baekho@Nu’est dan pertarungan tarian ONF, tetapi para idol kpop NU’EST dan ONF juga ingin mengetahui lebih banyak dan mendalam tentang kecintaan anda kepada mereka dengan terlibat dalam sesi sembang secara langsung dan eksklusif bersama para peminat mereka di JOOX. Yang lebih menggembirakan ialah bagaimana anda dapat berinteraksi secara langsung dengan para idola anda dengan menunjukkan sokongan padu anda dan juga anda berkesempatan memberikan hadiah dan JOOX Coins kepada para idola anda!

NU’EST adalah boy band Korea Selatan yang dibentuk pada tahun 2012. Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli: JR, Aron, Baekho, Minhyun, dan Ren. Kim Jong-hyun, juga dikenali dengan nama pentasnya JR (Junior Royal), adalah sebagai ketua pasukan.

ONF, diucapkan sebagai On dan Off, adalah boy band Korea Selatan yang dibentuk pada tahun 2017. Kumpulan ini dianggotai oleh enam orang anggota: Hyojin, E-Tion, J-US, Wyatt, MK dan U. ONF terbahagi kepada dua pasukan. Pasukan ON dan pasukan OFF masing-masing mempunyai tiga ahli. Ketua pasukan ON adalah Hyojin dan ketua pasukan OFF adalah J-US.

JADUAL PROGRAM STATION IDOL:

ArtistDate (Tue)Time
ONF23/6, 30/6*, 7/7, 21/7Malaysia: 8:30 malam
Baekho @ NU’EST14/7*

*Jadual Live Chat 30 minit

Tidak cukup dengan program K-pop ini sahaja? Bersiaplah untuk bertemu dengan idola baru anda kerana Bang Si-Hyuk, pengasas Big Hit Entertainment dan BTS, mempersembahkan I-LAND, sebuah program blockbuster konsep baru! Lagu rasmi acara di nyanyikan oleh salah satu bintang paling popular Korea, IU dan telah di lancarkan pada 19 Jun, Jumat yang lalu. 20+ pelatih idola lelaki dari manca negara akan bertanding untuk memenangi hati anda dalam pertunjukan spektakuler ini dengan jumlah kos produksi USD14 juta dan diadakan di studio terbesar dalam sejarah hiburan Korea. Program ini akan ditayangkan secara eksklusif di JOOX bermula pada akhir bulan Jun!

Daftarlah JOOX sekarang kerana JOOX akan terus membawa program program menarik secara langsung yang lebih menarik untuk peminat mereka!

“One World : Together At Home” Siaran Khas Global di JOOX Music pada 19 April

JOOX Music turut sama menyokong kempen “One World : Together At Home” dengan mengajak Pencinta Muzik di Malaysia bersatu dengan pecinta muzik di semua pasaran JOOX Music.

Penyiaran ini bertujuan meraikan dan memberi sokongan padu kepada para Pekerja Kesihatan, dan akan turut menampilkan kisah pengalaman sebenar daripada doktor, jururawat dan keluarga di serata dunia.

 Persembahan dan Kemunculan istimewa oleh Artis-artis Terkemuka Dunia yang akan membuat persembahan dari rumah mereka.

Kuala Lumpur, 15 April 2020 – JOOX Music, platform pentstriman muzik serantau terkemuka, dengan berbesar hati mengumumkan bahawa One World: Together At Home – sebuah acara istimewa yang disiarkan dan distrim secara global untuk menyokong perjuangan menentang pandemik COVID-19 ini akan disiarkan di JOOX Music di Malaysia Hong Kong, Macau, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Afrika Selatan secara serentak pada 19 April.

‘One World: Together At Home’ – Siaran Digital Istimewa 6 Jam
Malaysia: 2am – 8am, 19 April
Hong Kong dan Macau: 2am – 8am, 19 April
Indonesia: 1am – 7am, 19 April
Thailand: 1am – 7am, 19 April
Myanmar: 12.30am – 6.30am, 19 April
South Africa: 8pm – 2am, 18 April
‘One World: Together At Home’ – Siaran Istimewa 2 Jam:
Malaysia: 8am, 19 April
Hong Kong dan Macau: 8am, 19 April
Indonesia: 7am, 19 April
Thailand: 7am, 19 April
Myanmar: 6.30am, 19 April
South Africa: 2am, 19 April

Kempen ini yang dilancarkan oleh organisasi advokasi antarabangsa Global Citizen, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), One World: Together At Home akan menunjukkan perpaduan semua lapisan manusia yang terjejas dengan pandemik COVID-19, selain untuk meraikan dan menyokong pekerja kesihatan yang bertungkus-lumus berjuang menyelamatkan nyawa di barisan hadapan.

Dikurator dengan kolaborasi bersama Lady Gaga, One World: Together At Home akan menampilkan persembahan dan kemunculan artis artis terkemuka dunia:

Adam Lambert, Alicia Keys, Amy Poehler, Andra Day, Andrea Bocelli, Angèle, Anitta, Annie Lennox, Awkwafina, Becky G, Ben Platt, Billie Eilish, Billie Joe Armstrong of Green Day, Billy Ray Cyrus, Black Coffee, Bridget Moynahan, Burna Boy, Camila Cabello, Cassper Nyovest, Céline Dion, Charlie Puth, Chris Martin, Christine and the Queens, Common, Connie Britton, Danai Gurira, David & Victoria Beckham, Delta Goodrem, Don Cheadle, Eason Chan, Eddie Vedder, Ellen DeGeneres, Elton John, Erin Richards, Finneas, Heidi Klum, Hozier, Hussain Al Jassmi, Idris and Sabrina Elba, J Balvin,  Jack Black, Jack Johnson, Jacky Cheung, Jameela Jamil, James McAvoy, Jason Segel, Jennifer Hudson, Jennifer Lopez, Jess Glynne, Jessie J, Jessie Reyez, Jimmy Fallon, Jimmy Kimmel, John Legend, Juanes, Kacey Musgraves, Keith Urban, Kerry Washington, Kesha, Lady Antebellum, Lady Gaga, Lang Lang, Leslie Odom Jr., Lewis Hamilton, Liam Payne, Lili Reinhart, Lilly Singh, Lily Tomlin, Lindsey Vonn, Lisa Mishra, Lizzo, LL Cool J, Lola Lennox, Luis Fonsi, Lupita Nyong’o, Maluma, Maren Morris, Matt Bomer, Matthew McConaughey, Megan Rapinoe, Michael Bublé, Milky Chance, Naomi Osaka,  Natti Natasha, Niall Horan, Nomzamo Mbatha, Oprah Winfrey, Paul McCartney, Pharrell Williams, P.K. Subban, Picture This, Priyanka Chopra Jonas, Rita Ora, Sam Heughan, Sam Smith, Samuel L Jackson, Sarah Jessica Parker, Sebastián Yatra, Shah Rukh Khan, Shawn Mendes, Sheryl Crow, Sho Madjozi, Sofi Tukker, Stephen Colbert, Stevie Wonder, Superm, Taylor Swift, The Killers, Tim Gunn, Usher, Vishal Mishra and Zucchero.

Poshu Yeung, Naib Presiden, Kumpulan Perniagaan Antarabangsa, Tencent menyatakan, “Sebagai platform penstriman muzik serantau terkemuka, JOOX Music berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif global ini yang akan menyatukan penghibur, peminat muzik dan semua orang di seluruh dunia dalam usaha bersama untuk menentang coronavirus, yang juga menyokong pekerja kesihatan barisan hadapan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kami bersatu hati dengan semua pencinta muzik di Malaysia, Hong Kong, Macau, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Afrika Selatan yang berada di rumah , menggunakan muzik sebagai alat universal untuk memerangi penyebaran COVID-19.”

One World: Together At Home bukanlah sebuah siaran television untuk mengutip derma – ia merupakan peristiwa penyiaran global pertama dan bersejarah untuk meraikan usaha-usaha heroik pekerja kesihatan barisan hadapan dan juga untuk menyokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam perjuangan global untuk memerangi COVID-19. Siaran ini akan memaparkan kisah dari pekerja kesihatan barisan hadapan dalam memerangi COVID, komitmen dari dermawan, kerajaan dan syarikat yang menyokong dengan melengkapkan keperluan pekerja kesihatan barisan hadapan di seluruh dunia, seperti penutup mulut, pakaian pekerja kesihatan dan peralatan penting lain, tidak dilupakan juga juga kepada badan-badan kebajikan tempatan yang menyediakan makanan, tempat tinggal , dan penjagaan kesihatan kepada mereka yang paling memerlukannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Global Citizen dan kempen menyokong Dana Solidariti COVID-19 untuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang diberikan kuasa oleh PBB, kunjungi laman sesawang www.globalcitizen.org dan ikuti @GlblCtzn di Twitter, Facebook dan Instagram dengan menggunakan hashtag #GlobalCitizen.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindak balas WHO terhadap Tabung Solidariti dan COVID-19, sila kunjungi laman sesawang www.who.int/COVID-19 dan ikuti @WHO di Twitter, Facebook, Instagram dan LinkedIn.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara memberi sokongan dan tindakan lanjut, lawati www.globalcitizen.org/togetherathome.

Lebih banyak lagi muzik, acara dan program pada tahun 2020 yang akan dibawakan kepada anda oleh JOOX!

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telephone bimbit dan desktop melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau JOOX website, atau mengakses laman web JOOX website.

JOOX dengan bangganya membawakan Seoul Music Awards High1 ke-29

[Kuala Lumpur – 29 Januari, 2020] JOOX, platform penstriman muzik Asia yang paling mendukung muzik K-Pop, sekali lagi membawakan secara eksklusif Anugerah Muzik Seoul High1 ke-29 (29th High 1 Seoul Music Awards) kepada peminat setia di Malaysia. Tahun ini menjanjikan kelainan buat peminat K-Pop kerana siaran secara langsung di JOOX ini hadir dengan terjemahan sarikata dalam masa nyata melalui teknologi AI.

En. Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent IBG, berkata, “Kami telah membawakan sebahagian daripada acara muzik Korea terbesar selama tiga tahun berturut-turut kepada pengguna kami, lebih daripada platform lain di rantau ini. Ini termasuklah Anugerah Muzik Melon (MMA) dan Anugerah Muzik Mnet Asia (MAMA) yang telah ditonton lebih daripada 3 juta penonton pada tahun 2019 di JOOX – dan ianya merupakan hasil yang sangat menggalakkan bagi kami. Sebagai platform penstriman muzik yang terkemuka, kami berbangga dengan usaha kami yang teguh untuk mempromosikan budaya K-Pop dan memastikan industri K-Pop menjadi lebih kuat sepanjang tahun ini. “

En. Yeung juga menambah, “Baru-baru ini, kami juga meningkatkan usaha kami dengan menawarkan terjemahan sarikata dalam masa nyata dengan menggunakan teknologi AI yang canggih di program-program K-Pop, termasuk Anugerah Muzik Seoul. Kami percaya bahawa ciri tambahan ini akan membolehkan pencinta muzik terlibat sepenuhnya dalam pengalaman muzik yang hebat ini dan seterusnya dapat mengetahui lebih lanjut lagi tentang budaya K-Pop. “

Kumpulan Twice turut bersama memeriahkan majlis dengan aksi menawan mereka pada Anugerah tersebut

Anugerah Muzik Seoul High1 ke-29 mengiktiraf penyanyi terbaik dan paling popular tahun lalu, menerusi acara siaran langsung di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea pada 30 Januari 2020. Jangan terlepas untuk menyaksikan kemeriahan serta aksi bintang-bintang terunggul K-pop TWICE, MONSTA X, NCT DREAM, SUPER JUNIOR, NU’EST, RED VELVET, AB6IX, TXT, ITZY, MAMAMOO, CHUNGHA, TAEYEON, dan ramai lagi secara eksklusif di JOOX.

Menghangatkan lagi acara muzik ini, peminat K-Pop boleh menyokong idola-idoa kesayangan mereka dengan mengundi menggunakan Coin JOOX. Hadiah-hadiah menarik seperti set Nintendo Switch, akses JOOX VIP dan beg cenderahati JOOX menanti 10 pengundi terbanyak yang menggunakan Coin JOOX.

Tandakan kalendar anda dan tonton secara langsung eksklusif di JOOX pada 30 Januari:

LokasiMasa Tempatan pada 30 Januari (Khamis)
Malaysia5:50pm

Tidak dapat menonton persembahan idola-idola kesayangan anda secara langsung? Peminat boleh menonton semula acara anugerah ini menerusi video-on-demand pada bila-bila masa sehingga penghujung bulan April dengan sarikata (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia), eksklusif di JOOX!

JOOX telah menyiarkan MMA untuk tahun kelima berturut-turut, MAMA untuk tahun keempat berturut-turut, dan kini akan menyiarkan SMA untuk tahun ketiga berturut-turut. Peminat juga boleh menonton semula MMA dan MAMA di JOOX sekarang.

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telefon pintar atau desktop melalui Apple App Store dan Google Play Store, juga menerusi laman web JOOX.

“SILK ROAD DELICACIES: RICE UNEARTHED” BERSIARAN SEMPENA TAHUN BARU CINA MENERUSI ASTRO 4K UHD

KUALA LUMPUR, 14 Januari 2020“Silk Road Delicacies: Rice Unearthed”, sebuah dokumentari kulinari yang menjelajah ke beberapa tempat di Asia untuk meneroka asal usul tradisi makanan Cina kini kembali. Pelancaran siri itu telah disempurnakan oleh Encik Jing Shuiqing, Naib Presiden dan Timbalan Ketua Pengarang, China Intercontinental Communication Center.

Dihoskan oleh pemilik restoran bertaraf Michelin, Chef Alvin Leung dan Juara MasterChef Canada, Chef Eric Chong, mereka bersama mengkaji sejarah, tradisi dan teknologi penghasilan beras sebagai inspirasi dalam penghasilan makanan dan membawa tradisi kulinari Cina ke tahap lebih tinggi.

Bakal bersiaran pada Tahun Baru Cina nanti, dokumentari ini mempunyai 3 episod dan episod pertama akan disiarkan pada 25 Januari 2020 menerusi Astro 4K UHD. Diarahkan pengarah terkenal Kabir Bhatia bersama kumpulan produksi dari Malaysia, penonton dapat melihat Alvin yang terkenal dengan personaliti tersendiri bersama perantis beliau Eric Chong menjelajah ke 7 bandar menawan di China, mengharungi hiruk pikuk kota Bangkok, Thailand, ke pedalaman Sarawak, Malaysia dan kota metropolitan Dubai, U.A.E untuk meneroka sejarah di sebalik penghasilan beras, di samping membawa bersama budaya dan bertemu pelbagai karektor sepanjang perjalanan. Turut diadakan pertandingan memasak antara Alvin dan Eric di setiap episod.

semasa melakukan rakaman di Bangkok, Thailand

Dikenali ramai dengan panggilan “The Demon Chef”, Alvin Leung bukan nama asing dalam penghasilan hidangan berinspirasikan Kantonis dan merupakan figura terkenal dalam industri kulinari di Hong Kong. Alvin pernah berkata “Inspirasi datang dari semua termasuk lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bau dan kita perlu sentiasa berinovasi”.

Restoran beliau, Bo Innovation telah berjaya memperoleh pengiktirafan bintang Michelin sejak 2013 di mana Alvin telah mempopularkan hidangan terkenal beliau iaitu X-Treme Chinese, untuk mencipta makanan Oriental yang moden. Beliau juga turut menghiasi program MasterChef Canada sebagai juri. 

Manakala Eric Chong yang berasal dari Oakville merupakan johan MasterChef Canada musim pertama dan pemilik restoran yang makin bersinar di dalam industri makanan. Perjalanan kerjasama antara Eric dan Alvin bermula di set MasterChef Kanada, dimana beliau berjaya menarik perhatian Chef Alvin Leung ketika itu. Alvin telah menjemput Erik ke Hong Kong untuk bekerja di restoran bertaraf Michelin beliau dan bersama mereka telah membuka restoran R&D (Rebel & Demon) di Toronto.

Siri ini dijadualkan disiarkan di tvN Asia dan platform lain di lebih 15 buah negara termasuk Korea Selatan, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timur Tengah. Siri ini juga akan turut disiarkan secara meluas kepada penonton melalui “USILK”, satu blok masa meliputi hampir 40 buah negara dalam pelbagai bahasa.

 “Silk Road Delicacies: Rice Unearthed”  merupakan kerjasama produksi antara  CJ ENM dan China Intercontinental Communication Center (CICC) yang meneroka inisiatif Belt and Road China dengan menjejaki bagaimana beras dihasilkan dan dihantar diantara China dan Malaysia, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu.

Turut hadir sama ialah Chef Alvin Leung, Chef Eric Chong, Puan Anne Chan, Ketua Pegawai Operasi CJ ENM, Encik Lenny Leong, Astro SAVP, Acquisition & Distribution dan Encik Michael Jung, Pengarah Urusan CJ ENM.

Jangan lupa untuk menyaksikan Wok the World “Silk Road Delicacies: Rice Unearthed” pada Tahun Baru Cina nanti!

Joox bersinar di tahun 2019

Mengimbas kembali perjalanan muzik 2019 dan mengetahui lebih lanjut mengenai trend dan tabiat di kalangan pencinta muzik Malaysia dengan JOOX!

  • Sebagai platform muzik dan hiburan yang paling popular di Malaysia, pengguna JOOX boleh menikmati muzik dalam pelbagai cara yang berbeza & unik seperti mendengar muzik, menyanyi karaoke dan menonton rancangan siaran langsung pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
  • Lebih 295,983 hadiah disampaikan oleh pengguna JOOX melalui K-Function (yang bernilai RM 59,012.93).
  • Jumlah masa penstriman oleh pengguna JOOX di Malaysia adalah setara dengan terbang di seluruh dunia dalam pesawat selama 19 juta kal

[Kuala Lumpur – December 18, 2019] Tahun 2019 bakal menutup tirainya, sebelum acara tersebut tiba, mari kita mengimbas semula apa yang telah kita lalui sepanjang tahun ini! Adakah anda masih ingat pada lagu, artis atau siaran langsung kegemaran anda? JOOX memperkenalkan senarai muzik di 2019 di Malaysia, dan juga mendedahkan pilihan muzik, kebiasaan, interaksi karaoke pengguna dan siaran langsung pengguna JOOX tempatan.

Berapa banyak yang anda tahu mengenai keutamaan muzik dan tabiat peminat muzik di Malaysia?

JOOX memahami bagaimana tabiat aliran muzik pengguna Malaysia mencerminkan kehidupan seharian mereka dan masa tidur. Jam puncak bagi pengguna JOOX tempatan mendengar muzik dicatatkan – pada 5 petang, dan pada pukul 11 malam sebelum tidur. JOOX juga mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia suka mendengar muzik pada hari Jumaat, di mana lagu-lagu yang disiarkan lebih tinggi berbanding dengan hari-hari lain. Tabiat muzik lain yang menarik termasuk:

  • Pengguna JOOX paling aktif pada tahun 2019 mendengarkan lagu selama purata 19 jam sehari sepanjang tahun 2019.
  • Dengan mengambil lagu yang berdurasi 3 minit sebagai pengiraan, jumlah masa strim oleh pengguna JOOX di Malaysia setara dengan terbang di seluruh dunia dalam pesawat selama 19 juta kali.

Mari kita lihat “Top English Hits 2019”, yang terdiri daripada perancah terbesar tahun ini! (Tanpa urutan tertentu)

3 Artist Lelaki Yang Terbanyak di Stream: Alan WalkerEd SheeranShawn Mendes3 Artist Wanita Yang Terbanyak di Stream: Ariana GrandeBillie EllishDato Siti Nurhaliza3 Kumpulan Band Yang Terbanyak di Stream BTSBLACKPINKSeventeen  

10 Lagu Yang Terbanyak di Steam (Tanpa urutan tertentu):

On My Way – Alan Walker ft Sabrina CarpenterSumpah – Naim DanielKill This Love – BLACKPINKSeñorita – Shawn Mendes ft Camila CabelloIt’s You – Ali GatieAlalala Sayang – Azarra Band Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip작은 것들을 위한 시 (Boy with Luv)  – BTSMoonlight – Ali Gatie Donde – Andi Bernadee

Nikmati hiburan muzik, termasuk muzik yang di stream, nyanyian karaoke, menonton siaran langsung dan berinteraksi dengan idola tercinta dan rakan-rakan JOOX

JOOX kini mempunyai pustaka muzik yang mempunyai lebih daripada 30 juta trek, yang membolehkan pengguna menikmati muzik pada bila-bila masa, di mana sahaja melalui aplikasi JOOX, di desktop atau laman webnya. Lebih-lebih lagi, pengguna JOOX juga boleh menyanyi karaoke, menonton siaran langsung, berkongsi senarai lagu kegemaran mereka, merekodkan dan menyiarkan video, menghantar hadiah dan berinteraksi dengan idola mereka melalui K-Function.

Sehingga hari ini, JOOX telah menjemput 66 artis untuk menyanyi bersama dengan peminat mereka melalui fungsi Karaoke JOOX. 1,273,621 lagu karaoke telah dimuat naik ke JOOX sepanjang tahun 2019. Selain itu, sejumlah 295,983 hadiah, bersamaan dengan RM 59,012.93, telah dihantarkan oleh peminat-peminat ke “karaoke diva” tersembunyi di JOOX.

5 lagu paling banyak dinyanyikan:

  1. Kemarin – Seventeen
  2. Cinta Luar Biasa – Andmesh Kamaleng
  3. Sumpah – Naim Daniel
  4. Perasaanku – Fieya Julia
  5. Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip

JOOX juga mendapati pengguna Malaysia suka berinteraksi dengan penyanyi dan pencinta karaoke lain di platform JOOX. Malah, pengguna yang paling aktif telah memberikan 56,000+ suka dan 77,000+ ulasan dalam setahun ini!

Bersorak untuk K-Pop Idols melalui Livestreaming

Genre yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia, K-Pop masih berada dalam senarai! Pengguna JOOX Malaysia mendengar muzik K-Pop, menonton anugerah muzik Korea dan program lain di platform. Pada bulan Disember sahaja, JOOX telah menyiarkan secara langsung Anugerah Muzik Melon (MMA) dan Anugerah Muzik Mnet Asia (MAMA), dengan jumlah yang terkumpul hampir 659,600 tontonan pada JOOX dengan 137,345 hadiah yang dihantarkan oleh peminat-peminat.

Selain daripada itu, JOOX telah menawarkan live strim eksklusif anugerah muzik paling hangat di seluruh rantau yang berbeza, termasuklah “WINNER EVERYWHERE TOUR ENCORE IN SEOUL”, “iKON CONTINUE TOUR ENCORE IN SEOUL”, Seoul Music Awards, “M countdown” di bulan January, dan juga pemilihan bakat Korea “PRODUCE X 101” di bulan Mei.

Akan lebih banyak muzik, acara dan program pada tahun 2020 yang akan dibawakan kepada anda oleh JOOX!

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telephone bimbit dan desktop melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau JOOX website, atau mengakses laman web JOOX website.

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

A picture containing electronics

Description automatically generated

Mengenai JOOX

JOOX adalah aplikasi muzik percuma yang diperbuat khas untuk pencinta muzik. Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu yang diperibadikan. Pengguna dapat menemui muzik baru yang hebat dengan lagu dan stesen radio yang disyorkan yang sesuai dengan citarasa dan suasana hati anda. JOOX kini boleh didapati di iOS, Android dan Desktop (Windows / Mac), yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman muzik percuma yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana jua.

Hadiah akhir tahun untuk peminat K-Pop! – MMA 2019 dan MAMA 2019 di JOOX

Annyeonghaseyo!!!! Hey Kpopers, nak tahu apa yang best untuk mengakhiri tahun 2019 anda dengan secara besar-besaran, dan mengasyikkan?? JOOX ada jawapannya!!

JOOX, aplikasi aliran muzik Asia yang paling popular dengan koleksi K-Pop terkaya, akan menutupi tirai 2019 dengan dua penghargaan muzik Korea akhir tahun: Anugerah Muzik Melon (MMA) dan Mnet Asia Music Awards (MAMA) 2019 untuk pengguna JOOX Malaysia!

JOOX akan menyiarkan kedua-dua anugerah muzik terbesar dan yang paling berprestij di Korea iaitu MMA untuk tahun kelima berturut-turut (eksklusif untuk pengguna JOOX) dan MAMA 2019 untuk tahun keempat berturut-turut, yang menonjolkan komitmennya untuk menawarkan perjalanan muzik bernilai kepada pengguna dengan menyediakan  pengalaman hiburan muzik yang berbeza dan memberi peminat K-Pop berpeluang untuk menari, berhibur dan menyorak dirumah mereka sendiri atau betul-betul di hadapan idola mereka! Kedua-dua program ini akan menyediakan subtitle dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris bagi keselesaan dan kemudahan peminat Kpop di Malaysia.

MMA 2019

Artis K-Pop kegemaran anda bakal mengegarkan suasana di Gocheok Sky Dome pada 30 November, dengan barisan penghibur bintang termasuk BTS, MAMAMOO, JANNABI, ChungHa and Heize! Peminat muzik K-Pop boleh menari dan berhibur dengan idola mereka melalui livestream eksklusif JOOX di telefon bimbit, desktop, atau di laman web. Anda tidak mahu ketinggalan persembahan bersejarah oleh BTS!         

Tandakan kalendar anda! Jadual Livestream pada 30 November adalah seperti berikut:

Malaysia
Majlis Anugerah 6 PM masa tempatan

MAMA 2019

K-Pop telah tular dari Korea ke Jepun, kerana beberapa aksi muzik paling hangat dari Korea menyanyi dan menari seterusnya berjaya menawan Nagoya Dome pada 4 Disember 2019 ini!

Merayakan edisi ke-11 MAMA dengan konsep “The Next DIMENSION: MUSIC”, panggung pasti akan meletup dengan persembahan oleh BTS, GOT7, TWICE, MAMAMOO, Monsta X, ChungHa, Seventeen, dan juga penyanyi wanita terkenal dan penulis lagu Dua Lipa dari Britain, yang pernah bekerjasama dengan BLACKPINK tahun lepas!  

Pencinta muzik JOOX boleh menyiarkannya secara eksklusif pada tarikh dan masa berikut:

  MAMA Japan (Disember 4)
Malaysia 6 PM masa tempatan

Bermula hari ini, anda boleh mengumpukanl syiling JOOX, dan menghantar hadiah-hadiah kepada idola-idola kesayangn anda di MMA dan MAMA 2019!

Demam K-Pop belum sembuh lagi? Nantikan keluaran lagi banyak muzik, acara dan program pada tahun 2020, yang dibawakan khas untuk anda oleh JOOX!

Pastikan kehangatan K-Pop anda terus membara! Nikmati muzik K-Pop kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telephone bimbit dan desktop melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau JOOX website, atau mengakses laman web JOOX website. Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

  1. JOOX adalah aplikasi streaming muzik yang paling dimuat turun di Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Malaysia di Apple App Store dan Google Play Store. Sumber: App Annie, data tahunan sehingga Disember 2018.

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

Mengenai JOOX

A picture containing electronics

Description automatically generated

JOOX adalah aplikasi muzik percuma yang diperbuat khas untuk pencinta muzik. Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai main yang diperibadikan. Pengguna dapat menemui muzik baru yang hebat dengan lagu dan stesen radio yang disyorkan yang sesuai dengan rasa dan suasana hati anda. JOOX kini boleh didapati di iOS, Android dan Desktop (Windows / Mac), yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman muzik percuma yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana sahaja.

JOOX Coins Redemption Center – Menangi Tiket ke Melon Music Award (MMA) 2019

Memperkenalkan “JOOX Coins Redemption Center” dengan keahlian VIP percuma, perkidmatan K-Plus dan pelbagai tawaran hebat!

Ambil peluang ini untuk menangi tiket Anugerah Muzik Melon 2019 yang dinanti-nantikan

Kuala Lumpur – November 12, 2019 – Peminat muzik, inilah peluang anda untuk menjadi ahli VIP JOOX secara percuma dan menikmati muzik tanpa had dari artis kegemaran anda bila-bila masa, di mana- mana saja dengan aplikasi yang kini boleh didapati melalui desktop dan telefon bimbit! JOOX, aplikasi strim muzik yang paling popular di Asia1 dengan pustaka melebihi 30 juta trek, memperkenalkan “JOOX Coins Redemption Center”, salah satu ciri yang membolehkan pengguna di Malaysia untuk menangi JOOX syiling dan menebus tawaran berdasarkan pilihan mereka.

Apakah tawaran yang boleh anda tebus?

Pelbagai ganjaran boleh ditebus di Pusat Penukaran Syiling JOOX, termasuk keahlian JOOX VIP percuma, perkhidmatan K-Plus serta penyertaan dalam beberapa acara muzik eksklusif. Tambahan pula, untuk tempoh yang terhad, anda kini boleh menebus keahlian JOOX VIP sehari dengan hanya 32 syiling (syiling VS 48 pada asalnya)!

Bagaimana untuk mendapat JOOX Coin?

Selain daripada membeli syiling JOOX secara langsung dalam aplikasi JOOX, kini anda juga boleh menangi sehingga 300 syiling JOOX secara percuma dengan melengkapkan misi mudah yang berbeza setiap hari yang akan dipaparkan pada bahagian “Tugasan & Ganjaran” app. Tugas harian dan tugas yang tidak terhad termasuk perkongsian menerusi siaran secara langsung ke Facebook dan WeChat Moments, di mana peserta yang menonton siaran secara langsung dan mengongsikan rakaman karaoke, mendengar rakaman karaoke dan menyanyi dalam video karaoke.

Tugas harian yang boleh dilaksanakan dengan goyang kaki! Cabarlah diri anda dan tuntutilah syiling JOOX percuma anda untuk menebus lebih banyak lagi kejutan yang disediakan oleh JOOX!

Peminat K-Pop, bersiap sedialah untuk lebih banyak lagi kejutan!

Adakah anda peminat K-Pop? Inilah berita baik untuk anda! Tidak lama lagi anda boleh menggunakan syiling JOOX yang anda kumpulkan ini untuk menghadiahkan pada idola Korea anda di salah satu anugerah muzik yang terbesar di Korea – Anugerah Muzik Melon 2019 (MMA). Semakin banyak anda memberi hadiah, semakin tinggi peluang anda untuk menangi tiket untuk menikmati persembahan bintang K-Pop kegemaran anda dalam acara istimewa ini secara langsung! Mulai hari ini, pastikan anda selesaikan tugas harian anda untuk menerima lebih banyak JOOX coin dan menghadiahkan coin tersebut di https://joox.page.link/uVFNW5 Ikuti laman untuk maklumat lanjut.

Langkah 1. Pergi ke Laman Utama Peribadi dan tekan butang “Task & Reward”  
Langkah 2. Selesaikan sebarang tugasan yang disenaraikan untuk mendapatkan syiling percuma
Langkah 1. Tekan ” JOOX Coins Redemption Center ” dalam butang “Tasks & Rewards”  
Langkah 2. Tebus tawaran pilihan anda
Scan dan install JOOX sekarang

JOOX adalah aplikasi streaming muzik yang paling banyak dimuat turun di Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Malaysia di Apple App Store dan Google Play Store. Sumber: App Annie, data tahunan sehingga Disember 2018.

Dengar muzik dan tonton video, acara atau konsert bila-bila masa dan di mana jua anda berada! Anda boleh muat turun aplikasi JOOX di Apple App Store dan Google Play Store atau menerusi laman web JOOX. Ikuti JOOX untuk dapatkan informasi muzik terkini dan acara secara langsung dari artis tempatan dan antarabangsa dari JOOX!

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

Mengenai JOOX

JOOX adalah aplikasi muzik percuma yang disediakan untuk pencinta muzik. Dengan pustaka hits yang luas dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu yang diperibadikan. Pengguna bakal menemui muzik baru yang hebat dengan lagu-lagu dan stesen radio yang disyorkan khas dengan cita rasa dan perasaan pengguna. Kini, JOOX boleh didapati dalam versi iOS, Android dan Desktop (Window/Mac) dan pengguna boleh menikmati lagu-lagu yang berkualiti tinggi di setiap masa dan dimana jua.


Liza Natalia dan Finalis Dewi Remaja Astro 2019 memeriahkan GOIFEX Malaysia 2019

Liza Natalia dan finalis Pencarian Dewi Remaja Astro 2019 telah memeriahkan GOIFEX Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam. Bermula di Jakarta, GOIFEX buat julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur merupakan sebuah acara yang menggabungkan aktiviti sukan, kecergasan dan gaya hidup dalam satu tempat.

Kehadiran Liza Natalia ternyata memberi satu energi luar biasa kepada pengunjung yang hadir di GOIFEX Malaysia. Liza yang merupakan seorang pelakon, penyanyi, model dan juga instruktur Zumba telah mengetuai sesi Senam Joged Dangdut selama satu jam. Diiringi bersama 5 ahli kumpulan, sesi tersebut ternyata menjadi riuh dengan seleksi lagu yang cukup membuatkan pengunjung teruja untuk sama-sama beraksi mengikut gerakan Duta Zumba Indonesia ini.

Selain Liza Natalia, 12 finalis Pencarian Dewi Remaja Astro 2019 turut hadir memeriahkan GOIFEX. Finalis-finalis tersebut dibawa berkunjung ke booth yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti saringan kesihatan, peralatan sukan, minuman kesihatan dan pelbagai lagi sebelum turut sama menyertai sesi Senam Joged Dangdut.

Bersama finalis Dewi Remaja 2019

Penganjuran 3 hari GOIFEX 2019 di Kuala Lumpur dari 8 hingga 10 November 2019 ini ternyata menarik minat ramai pengunjung khususnya mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Berdasarkan sambutan yang diterima, GOIFEX Malaysia dilihat bakal menjadi satu acara tahunan di masa akan datang. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari www.goifex.com atau www.goifex-malaysia.com

Merdeka Special 2019 : Afgan dan Malaysia

Pada minggu lalu Team Abnormal Channel (ABC) berkesempatan bertemu dengan penyanyi popular dari Indonesia, Afgan bersempena dengan majlis pelancaran Konsert Inspirasi Afgan 2019. Di kesempatan itu, Miss Myra mewakili Team ABC sempat menemubual Afgan tentang Malaysia dan kemerdekaan Malaysia. Let’s check it out gais..

Design a site like this with WordPress.com
Get started